pendedahan zarina zainuddin jadi isteri kedua kerana simpati suami 1

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Sedar tidak sedar, aktres Zarina Zainuddin sudah 25 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selaku isteri kedua.

Pada 13 Julai lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Zarina memberitahu para pengikutnya bahawa dirinya dikahwini hanya atas dasar simpati berikutan kasih sayang suami yang masih kekal terhadap isteri pertama.

"Selepas tiga bulan berkahwin, suami saya berkata pada saya; abang kahwin dengan Ina (panggilan Zarina) sebab abang kesian sahaja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang. Lepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia," tulis Zarina di Instagram.

pendedahan zarina zainuddin jadi isteri kedua kerana simpati suami 2 62

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Zarina berkata, rentetan dirinya tidak dicintai Raihan, suaminya itu menyeru agar dia banyakkan bersabar.

Ucapan lelaki itu lantas disedari Zarina sebagai sesuatu yang begitu bererti kerana perkahwinan mereka akhirnya bertahan sehingga ke hari ini.

"Saya masih ingat lagi kata suami saya, 'abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar.

"Terima kasih abang... Sabar itu separuh daripada iman," katanya.

Di samping itu, Zarina berharap apa yang diluahkannya dapat menjadi teladan dan iktibar buat mereka yang hidup bermadu di luar sana.

"Anda boleh dapat cinta tetapi anda tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah," katanya.

Hingga kini perkahwinan Raihan dan Zarina dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 yang juga merupakan anak istimewa autisme, Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Dalam pada itu, Zarina berkata, dia yang mendapat keizinan madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor untuk dinikahi Raihan, bagaimanapun menyedari telah menghancurkan hati wanita itu.

"Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka di saat saya baru mengejar bahagia.

"Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun, saat itu saya cuma katakan padanya saya tiada sesiapa kakak, hidup saya macam lalang ditiup angin ke kiri... ke kirilah saya ditiup angin, ke kanan ke kananlah saya.

"Alhamdulillah dengan izinnya... Kawinlah saya nun jauh di seberang sana," katanya. 


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)