Oleh pada 20 Apr 2017 kategori

Kredit foto: stopthelies.my

Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari akhirnya memberi kenyataan berhubung isu penyebaran beberapa keping foto aksi kurang sopan pasangan yang didakwa merupakan dirinya dan Dyana Sofya.

Tidak. Itu bukan saya. Ia jelas satu lagi cubaan memfitnah saya melalui serangan peribadi. Itu semua palsu, itu yang saya dapat katakan.


Jelas, ada dalang di sebalik itu.

Semalam, pemimpin muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud semalam meluahkan rasa sedihnya terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan foto itu sehingga menjadi tular di media sosial.

 

Saya sedih budaya politik kita sudah sampai seteruk ini.



Saya tiada masa melayan serangan peribadi dan berdendam seperti ini

Sumber: Instagram @dyanasmd

Menerusi luahan tersebut, Dyana tidak menafikan atau mengesahkan individu dalam foto tersebut merupakan dirinya tetapi lebih menekankan serangan sebegitu yang sudah masuk kali ketiga dalam tempoh dua bulan.

Sumber: Malay Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)