Oleh pada 08 Jul 2017 kategori

Kredit foto: pru14.tv 

Sekian lama menjadi mangsa buli siber, usahawan kosmetik Nur Sajat akhirnya mengambil tindakan mempertahankan diri.

Awalnya, Sajat menukar akaun Instagramnya kepada “mode private”. Dalam salah sebuah kirimannya, Sajat memaklumkan punca dia bertindak demikian.

Menurut Sajat, dia tidak mahu lagi menjadi mangsa keadaan oleh sifat para pengikutnya yang gemar membuli dengan menabur komen-komen berbaur negatif.

Susulan tindakannya itu, khabarnya Sajat telah menerima banyak permintaan daripada netizen untuk mengikuti akaun Instagramnya.

Namun situasi tersebut sekali lagi tidak disenangi Sajat kerana beliau menganggap pengguna laman sosial itu hanya mengikuti profilnya dengan tujuan untuk mengecam.

Hal itu diakui dalam sebuah lagi kiriman terbarunya. 

jadi mangsa buli ini tindakan sajat 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Dalam banyak-banyak ini ramai yang seperti plastik. Yang ikut akaun saya, ramai sebenarnya yang hanya mahu kecam saya. Bila saya buat akaun dalam mode private, barulah mereka terhegeh-hegeh nak ikut akaun saya. Inilah melayu, suka kecam daripada jujurkan diri tu. Kebanyakannya semua suka kecam saya, suka kata hal anak-anak saya, status saya. Hidup aku suka hati mak ayah akulah. Kamu semua tak payah nak jaga mati hidup orang. Manakala kehidupan kamu semua yang suka kecam aku adalah kehidupan yang sedih. Nak kata nanti mati macam manakan? Kau cubalah mati dulu. Silap-silap kau tu yang mati kubur berasap. Sebab suka menabur fitnah pada orang ramai. Gila punya manusia. Kadang-kadang otak tu letak di lutut.

Lebih membuatkan Sajat berang apabila netizen yang menghinanya selama ini sudahnya tampil bermuka tebal meminta bantuannya pula.

Asyik kecam saya, sudahnya nak minta tips kejayaan. Tips kejayaan ini bermula dari hati yang bersih. Tak ada hasad dengki. Tak suka sibuk hal orang. Kalau kamu semua ada sifat macam tu, itulah puncanya kamu semua tak boleh berjaya. Panas tengok orang yang kurang sempurna berjaya daripada kamu semua. Macam mana nak berjaya? Hati tu berulat-ulat, busuk hati. Lepas tu mulalah nak bomoh sana sini. Walaupun kau sembahyang tonggang tonggek, bila cakap, tiang agama. Manakala kau jumpa bomoh dan Pak Dukun tu tiang agama? Gila punya manusia.

Sebelum ini, Sajat pernah tampil dengan beberapa buah video yang memperlihatkan dirinya sedang menangis teresak-esak kerana tidak tahan dibuli dengan komen-komen negatif netizen berkenaan isu jantina dan soal zuriatnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)