wardina

Kredit foto: youtube.com

Wardina Safiyyah antara selebriti yang sering tampil berani dan bersuara lantang menyuarakan pendapat tentang isu-isu semasa. Meskipun pelbagai kontroversi tercetus tatkala memberikan pandangan, beliau tidak pernah terhenti dalam usaha agar pendapatnya terus didengari.

Terkini satu peristiwa telah melanda rakan Wardina sendiri hingga membuatkan dia terpanggil sekali lagi untuk mengupas isu berkaitan dengan mentaliti rakyat kita.

Tak dinafikan apa yang disuarakan Wardina ini ada betulnya. Memang sudah menjadi resam pemikiran orang Malaysia - perspektif kita sering melabelkan orang lain berdasarkan bangsa dan kewarganegaraan.

Ikuti luahan panas Wardina yang berjaya meraih sokongan ramai ini. Kisah bermula apabila rakan Wardina yang berasal dari negara jiran, Indonesia datang ke Malaysia buat pertama kalinya untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Wardina. 

Please help me to say #sorryFenti This is a loonggggg overdue post. Gambar ini adalah gambar saya bersama rakan saya di Australia bernama Fenti Forsyth. Suaminya seorang revert Australian. Kak Fenti is Indonesian. She is MasyaAllah an excellent humanitarian. Terlalu ramai orang yang ditolong dan kerja amal yang dilakukan di sini. She is always, always helping people, someone, anyone. Macam ni ceritanya. Dia menjejakkan kakinya buat kali pertama ke KL (Malaysia) tahun lalu untuk majlis perkahwinan adik saya. Dia tetamu kami. Namun, alangkah sedihnya apabila dia diperlakukan dengan biadap sekali… kerana apa? Kerana dia memegang passport INDONESIA. Yes that is right! “Guard” di Tropicana Golf and Country Club humilated her. Dia keluar awal pagi menaiki teksi ke airport. Mereka menuduh nya sebagai bibik melarikan barang dari rumah majikan.. (ingat semua orang Indonesia bibik ke???) She explained who she was and what she was doing. Guard tersebut tak nak percaya terus membuat tuduhan bukan2 dengan nada yang sangat biadap dan memanggilnya dengan gelaran “babi”, menghina Kak Fenti in ways unimaginable. Boleh tanya dan siasat nicely kan? Panjaaaang cerita tapi to cut the story short – They shouted at her and treated her with utmost disrespect. Teruk sangat. :'( She called me on the way to the airport clearly so upset. (I didn’t pick up the phone earlier)Saya harap “guard” berkenaan diambil tindakan or better training is given to treat EVERYONE.. Indonesian ke, Mynmar ke, Rohingya ke… (Indonesian pun saudara seIslam kan?) with some kind of respect and human decency. Dekat imigration pun, senyum la sikit kan…. Kak Fenti berkata inilah kali pertama dan terakhir dia menjejak kaki ke Malaysia. Please tag her or use this hashtag #sorryFenti on behalf of ALL MALAYSIANS. Tolong saya message Kak Fenti and tell her how sorry we are. Tidak semua orang Malaysia bersikap seperti itu. I am sorry Kak Fenti. I love you!Kak Fenti was concerned she said “If they treated me like that, I wonder how they treat real maids… that is not right”. 

16939686 1469641946393474 373071854089528975 n

Sumber berita: ohbulan.com & Facebook Wardina Safiyyah 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)