Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

Kredit foto: Mynewshub

Seorang wanita malang, Aishah Harun yang berasal dari Kedah, menjumpai satu sarung najis ayam dalam kari yang dimakannya di sebuah restoran nasi kandar di Arau, Perlis.

Melalui perkongsian di media sosial Facebook, beliau memuatnaik beberapa gambar insiden berkenaan dan menyuarakan kekesalannya dengan kecuaian pihak restoran terbabit. 

Selain itu, dia turut dikatakan muntah-muntah kerana termakan lauk tersebut.

Beliau berkata bahawa dia dan suaminya pergi ke restoran mamak berkenaan untuk menjamu selera.

Setelah nasi hampir habis, barulah dia ternampak sesuatu yang mencurigakan namun menganggap ianya daging.

Setelah diamati, dia amat terkejut kerana objek tersebut merupakan sarung najis ayam.

Sampai nak dekat habis baru tuang kuah, tengok benda apa yang berketul. Ingatkan daging yang sesat dan korek-korek nampak macam sarung tahi ayam.

Tambahnya, jika sarung najis ayam itu pecah maka keseluruhan makanan itu akan dikotori dengan najis ayam yang amat jijik dan meloyakan.

Aku pun semangat lar korek, memang sah dah depa hentam bubuh dalam gulai. Kalau pecah tahi itu pakai sedap lagi gulai seperiuk.

Serik dengan apa yang berlaku, dia kini tidak lagi mahu memakan nasi kandar di masa depan.

Ini baru yang kita nampak, yang lain kita belum nampak lagi.

Ternyata, perkara ini perlu disiasat dengan segera dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa supaya ianya tidak berulang.

Sumber berita: bulletinmedia.blogspot.com & Mynewshub




Hakcipta iluminasi.com (2017)