Satu kajian telah dijalankan untuk mencari rangkaian kemunculan virus SARS-CoV-2 (Covid-19) telah menemukan dua kaitan rapat coronavirus yang terbaharu pada tenggiling yang diseludup ke China.
Para saintis menganalisa sampel-sampel dari 18 ekor Tenggiling Malaya diperoleh dari operasi anti-penyeludupan yang dijalankan oleh Kastam Guangxi di antara Ogos 2017 dan Januari 2018.
Coronavirus RNA ditemui pada 6 daripada 43 sampel organ menghubungkan virus tersebut dengan lima haiwan-haiwan tersebut.
BESARKAN TEKS A- A+
(Gambar hiasan - XINHUA NEWS AGENCY XINHUA NEWS AGENCY/GETTY IMAGES)
Para saintis tersebut juga kemudian mengesan coronavirus yang serupa pada tiga daripada 12 haiwan-haiwan yang dirampas di wilayah kedua pada tahun 2018 dan haiwan tambahan dari wilayah ketiga yang sampelnya dikumpulkan pada tahun 2019.
Virus-virus yang diasingkan daripada sampel-sampel tersebut mempunyai 85.5% ke 92.4% persamaan dengan virus SARS-CoV-2 dan mewakili 2 baris virus berkaitan. Salah satu daripada garis itu mempunyai 'potongan rambut' yang menyerupai virus tersebut dengan persamaan yang ketara.
(NIAID-RML)
“Ia memperlihatkan virus-virus dari tenggiling mengandungi beberapa rantau genomik yang sangat berkait rapat dengan virus manusia. Yang paling penting adalah domain pengikat reseptor yang menentukan bagaimana virus melekat dan menjangkiti sel manusia,” kata Profesor Edward Holmes dari University of Sydney.
Keputusan kajian tersebut bukanlah seperti yang kita harapkan, namun kajian akan diteruskan bagi mencari hubungan antara Coronavirus dan manusia pertama yang dijangkiti. Para saintis tersebut juga menyeru agar tenggiling, kelawar, mamalia lain serta burung yg berpotensi menyebarkan virus diharamkan di pasaran basah.
Para saintis tersebut juga menyarankan agar perdagangan haram hidupan liar haiwan eksotik dihentikan segera.
Apa Itu Tenggiling?
Tenggiling adalah haiwan yang bersendirian dan kebanyakkannya aktif pada waktu malam menurut World Wildlife Fund. Seperti mamalia lain, tenggiling berperisai dan boleh menggulungkan diri seperti bola yang terlindung jika disentuh.
Ianya juga mempunyai ekor yang tajam yang digunakan sebagai senjata. Tetapi haiwan ini biasanya tidak berbahaya untuk hidupan yang lebih besar. Semut dan anai-anai adalah antara makanan kegemaran tenggiling.
Di mana Tenggiling Hidup?
Kebanyakan tenggiling hidup di Asia, walaubagaimanapun, jumlah tenggiling di Afrika semakin meningkat. Secara keseluruhan, terdapat lapan spesies tenggiling, dan semuanya terdiri daripada status "terdedah" kepada "terancam", seperti yang disenaraikan oleh WWF.
Empat spesies tenggiling yang tinggal di Afrika:
- Tenggiling Black-bellied (Phataginus tetradactyla)
- Tenggiling White-bellied (Phataginus tricuspis)
- Tenggiling Giant Ground (Smutsia gigantea)
- Tenggiling Temminck's Ground (Smutsia temminckii)
Dan empat spesies yang hidup di Asia:
- Tenggiling Indian (Manis crassicaudata)
- Tenggiling Philippine (Manis culionensis)
- Tenggiling Sunda/Malayan (Manis javanica)
- Tenggiling Chinese (Manis pentadactyla)
Kredit gambar pangolinsg.org
Tenggiling Malaya atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai Manis Javanica adalah haiwan yang terancam secara kritikal. Tenggiling ini hidup di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar. Perbezaan Tenggiling Malaya dan Tenggiling China adalah, ianya lebih besar, lebih pudar warnanya dan kukunya lebih pendek.
(Photo by ROSLAN RAHMAN/AFP via Getty Images)
Operasi Anti-Penyeludupan perlu diperketatkan lagi supaya haiwan-haiwan eksotik ini tidak pupus dan wabak penyakit akibat pemakanan haiwan eksotik dapat dikurangkan. Oleh pada itu, marilah sama-sama kita menjaga alam sekitar dan mengambil tahu tentang pemakanan harian supaya kita kekal sihat, tanpa memberi sebarang ancaman kepada manusia sejagat mahupun haiwan.
Kredit :