Kredit foto: Beautifulnara & Instagram MindQuest Productions
Enggan lagi diheret tanda tanya sekaligus mengukuhkan kenyataan sudah bernikah, pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, tampil memuat naik video majlis pernikahan mereka di laman Instagram, malam tadi.
Video yang dibahagikan kepada tiga klip itu memaparkan serba sedikit perjalanan majlis yang meriah dalam keadaan sederhana.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di hotel terkemuka, di ibu negara pada 27 November lalu.
Menerusi kapsyen, mereka merakamkan ucapan penghargaan kepada para peminat yang mendoakan dan tidak henti-henti memberikan sokongan.
"Teristimewa buat kesayangan kami 'Love Warriors'. Gembira untuk berkongsi video ini dengan anda. Majlis kami yang sah. Terima kasih, ikhlas daripada hati kami untuk doa dan kasih sayang kalian."
Sebelum ini, dalam siaran media daripada pihak pengurusan Fazura memaklumkan mereka selamat bernikah dengan hanya sekali lafaz.
Pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor.
Sumber berita: BH Online