Oleh pada 15 Aug 2018 kategori

Zaman sekarang, berikutan mudahnya informasi datang pada kita, kita sering disampaikan dengan berita-berita yang menimbulkan persepsi dalam diri kita. Persepsi itu ada kalannya baik ada kalanya buruk, sehingga menimbulkan syak wasangka bukan-bukan tanpa sebarang sebab pun.

Salah satu amalan baik yang mendapat kesan terbesar daripada tersebarnya persepsi buruk ini adalah sedekah. Kita kerap kali ditakutkan untuk bersedekah dengan bermacam jenis alasan; ditipulah, orang itu sindiket pengemislah, duit tak sampai ke pihak yang dikatalah. Banyaklah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perlukah kita 'takut' untuk bersedekah?

Was-was dalam bersedekah

ibu bawa anak anak mengemis

Penulis akui memang banyak pihak mengambil kesempatan dalam mengutip derma serta ditangkap ketika melakukan perbuatan jahat. Penggunaan mesej bertemakan kutipan derma untuk anak yatim pasti membuatkan kita rasa 'cair' atau lebih lembut lagi, kutipan derma untuk sekolah tahfiz. Adakah berlaku penyelewengan dalam perihal kutipan derma ini? Memang benar berlaku dalam masyarakat kita.

Apa yang penting kita kena tahu, untuk setiap kutipan derma yang dilakukan di tempat awam - surat kebenaran khas perlu dikeluarkan semasa proses kutipan derma itu sebagai kebenaran serta pengesahan yang pihak terlibat benar-benar memerlukan dana sedekah orang ramai.

Tetapi tidak semua pihak mengeluarkan surat kebenaran ini bukan? Apatah lagi tukang kutip derma untuk madrasah di Pattani, Pakistan atau di negeri-negeri pantai timur yang kerap sangat dijumpai di merata-rata tempat. Mereka datang tanpa surat kebenaran serta tidak mempunyai dokumen yang cukup melainkan gambar-gambar kanak-kanak yang dilihat, sengaja mahu memainkan sentimen simpati kita.

Sekiranya kita rasa was-was dan tak mahu beri, tak ada masalah - tak payahlah beri kerana sedekah itu bukanlah satu kewajipan. Mungkin kita boleh menunggu masa lain menyumbang ke tabung yang kita benar-benar yakin kesahihannya.

Was-was itu tidaklah salah sekiranya kita merasakan ada kebimbangan sedekah kita tidak sampai pada pihak yang diperkatakan.

Bagaimana kalau kita sudah bersedekah tetapi kita sebenarnya ditipu?

pengemis kaya wajibkah kita sedekah

Pasti ramai di antara anda di luar sana yang gemar bersedekah, tak kiralah dalam apa saja bentuk sekalipun. Perkara yang paling merisaukan kita setiap kali selepas bersedekah adalah perasaan takut kita ditipu selepas menderma.

Buang sajalah perasaan itu jauh-jauh kerana untungnya ke atas kita juga. Sedekah dan derma adalah situasi di mana kita yang dapat untung sepenuhnya walaupun kita ditipu sekalipun. Sekiranya kita bersedekah dalam keadaan betul dia menerimanya dengan niat baik, kita dapat ganjaran pahala menderma. Seandainya kita bersedekah tanpa menyedari kita ditipu? Kita menerima dua ganjaran pahala iaitu pahala menderma dan juga pahala kena tipu. Tak perlu kita anggap sedekah itu satu kerugian.

Sebagai contoh, katalah anda berjalan dan nampak seorang pakcik meminta sedekah. Anda hulurkan RM5 pada dia dan meninggalkan dia. Tidak lama selepas itu, anda terserempak semula dengan pakcik itu tetapi tangannya memegang sebotol arak.

wajibkah sedekah orang miskin tepi jalan

Apa patut anda lakukan? Marah dengan pakcik tu? Minta semula RM5 yang kita berikan? Tidak. Biarkan saja kerana kita tidak tahu pun benar atau tidak sedekah kita tadi digunakan untuk membeli arak itu atau tidak.

Dalam perkara ini, walaupun jelas kita nampak kita seolah-olah ditipu tetapi lebih baik untuk kita mendiamkan saja perkara itu kerana RM5 yang sudah kita berikan pada pakcik itu tadi sudah pun menjadi hak dia. Apa yang lebih baik adalah redha sajalah apa yang telah berlaku tanpa perlu kita membesarkan perkara tersebut dengan menuntutnya semula.

Kesimpulan

sindiket penipuan sedekah tahfiz

Apa yang penulis ingin sampaikan, menderma dan bersedekah memang suatu perkara yang mencabar dalam zaman di mana penipuan berleluasa. Walau bagaimanapun perbuatan sedekah itu tetap terpulang pada kita. Takut ditipu? Kita tak perlu sedekah. Memang suka bersedekah - anggap saja pemberian kita itu akan sampai ikut niat peminta sedekah itu.

Tak perlulah kita rasa takut untuk bersedekah sekiranya kita mempunyai kesenangan yang kita rasa patut untuk kita kongsikan dan lakukanlah amalan itu dengan ikhlas dan sepenuh hati. Takut untuk sedekah? Perasaan itu juga tak salah untuk kita pegang supaya kita dapat salurkan sumbangan kita pada waktu lain ke pihak yang kita yakin. Mana-mana pihak yang sudah dibuktikan menipu itu, yang itu kita elakkanlah bersedekah pada mereka.

Kesedaran untuk mengenalpasti peraturan serta syarat memohon derma di negara kita perlulah kita cakna, namun kita perlu juga ingat mungkin ada pihak yang benar-benar memerlukan tetapi tidak mampu mengikut prosedur yang ditetapkan. Jangan rasa rugi kerana yang lebih penting, keikhlasan kita itu ada ganjarannya - walaupun kita tidak sedar kita ditipu hidup-hidup.




Hakcipta iluminasi.com (2017)