Oleh pada 02 Feb 2017 kategori

Sarsen Husin atau lebih dikenali sebagai Ujang (penyanyi utama band Samudera) didapati meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Batu Pahat Johor. Rakan sekerjanya telah pergi ke rumahnya dan memecahkan pintu rumahnya bersama jiran Ujang selepas beliau tidak dapat dihubungi dan tidak hadir ke tempat kerja selama enam hari.

Allahyarham Ujang tinggal bersendirian di rumah dan dimaklumkan belum berkahwin. Pengurus kugiran Samudera, Mahadi Abd Latif berkata, "Allahyarham pernah menceritakan bahawa beliau merasakan dirinya seperti tidak sihat sepenuhnya." Namun beliau tidak menyatakan penyakit yang dihidapinya. 

Samada Allahyarham mengidap penyakit ataupun ada sebab lain tidak dapat dipastikan lagi. Polis sedang melakukan siasatan justeru membuatkan jenazah Allahyarham Sarsen Husin masih belum boleh dikebumikan. Dikatakan jenazah dijumpai dalam keadaan hampir reput dan sudah berulat.Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Ujang adalah lagu Samudera - Salam sejahtera. Pasti peminat rock kapak sangat kenal akan lagu ini. Liriknya mengandungi maksut yang sangat mendalam dan tersirat.

Kehidupan  Ujang Samudera Sebelum Meninggal

Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.Ujang masih belum berkahwin dan  tinggal di Felda  seorang diri.

Kumpulan Samudera merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 80-an yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990-an. Sebelum Ujang dan Jimmy menganggotai Kumpulan Samudera mereka pernah menganggotai Kumpulan Axthara. Pada 1993, Samudera mengeluarkan Album yang berjudul Titian Hasrat, Pada tahun 1994 Samudera sekali lagi mengeluarkan album yang berjudul Terminal Cinta.

Bagaimanapun kumpulan ini paling dikenali pada tahun 1995 dengan lagu Salam Sejahtera. Pada 1997 Vokalis kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama X-Ray dengan album yang berjudul Sungguh Tak Ku Sangka, yang popular dengan lagu Sungguh Tak Ku Sangka,Airmata Dewiku,Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja.

sumber petikan : eberita 
Apa-apa pun, Pihak kami (babab.net) mendoakan semoga Allahyarham Ujang ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amiin.

tags : ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)