Selepas pemergian Allahyarham Ary Malik, negara kita dikejutkan lagi dengan perginya seorang tokoh lagenda seniman negara iaitu Tan Sri Jin Shamsudin. Seniman legenda, Tan Sri Jins Samsuddin, 82 meninggal dunia di rumahnya di Hulu Klang, sebentar tadi. Berita ini telah disahkan oleh anak lelakinya, Putera Hang Nadim.

Tan Sri Jins Shamsudin dikhabarkan meninggal dunia di Klinik Idham Taman Melawati, Selangor petang tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halijah Binti Abdullah dan tiga orang putera bernama Putera Hang Jebat, Putera Hang Nadim dan Jerfi Jins. Anaknya juga ada menceritakan bahawa ayahnya menghidap penyakit Alzheimer sejak enam tahun yang lalu (awal tahun 2011).Dikhabarkan lagi, jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Hulu Kelang dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang pada waktu pagi keesokan hari.

jins shamsudin latest 2017




Hakcipta iluminasi.com (2017)