Salah seorang pengasas Wonga menggunakan kebolehan komputernya untuk menyelesaikan masalah yang lebih kecil, menghasilkan arca terkecil dalam sejarah peradaban manusia. Wonga adalah sebuah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Britain.
Jonty Hurwitz yang membantu mengasaskan Wonga dengan menulis kod laman sesawang syarikat berkenaan, telah menghasilkan sebuah arca menggunakan pencetak 3D.
BESARKAN TEKS A- A+
Proses Menghasilkan Arca Paling Kecil Sepanjang Zaman
Sumber Foto: cosmosmagazine.com
Jonty menggunakan teknologi canggih yang dipanggil nano-painting bagi menghasilkan kebanyakan hasil seninya yang bersaiz sekitar 100 mikron tinggi (1 cm bersamaan 10,000 mikron), dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Prosesnya bermula dengan menggunakan 200 buah kamera bagi mengambil gambar seorang model yang bogel daripada pelbagai sudut.
Data gambar-gambar ini kemudiannya dipaskan kepada pencetak bagi menghasilkan arca tersebut, yang lebih kecil daripada helaian rambut manusia, dan saiznya yang terlalu kecil membolehkan ia diletakkan ke atas kepala seekor semut.
'Multiphoton lithography' adalah proses melibatkan penggunaan sebuah laser bagi menulis perkataan ke atas arca tersebut yang diperbuat daripada bahan khas yang sangat sensitive terhadap cahaya. Jonty menggunakan teknologi ini bagi mengisi butiran yang lebih kecil.
Arca tersebut diberi nama 'Trust', dan saiznya hanya sekitar 80 mikron lebar dan 100 mikron tinggi. Secara kasar, saiz tersebut bersamaan dengan saiz pertumbuhan kuku manusia dalam tempoh antara 5 hingga 6 jam.
Lain-Lain Arca Oleh Jonty Hurwitz
Sumber Foto: i.dailymail.co.uk
Sumber Foto: 3dprintingindustry.com
Kebanyakan hasil kerja Jonty melibatkan penggunaan komputer dan algorithma, termasuklah yang digunakan untuk menghasilkan arca tersebut.
Menurut Jonty, bapa beliau adalah sumber inspirasi. Pada tahun 2013, beliau mengimbas bapanya menggunakan beberapa laser bagi mengambil imej data individu berkenaan secara lebih terperinci.
Beliau bermula dengan mengimbas bahagian kepala dan tangan, dan kemudiannya ke bahagian skrotum. Ketika mengimbas bahagian ini sambil merenung, beliau terfikir, dari situlah segalanya bermula (kehidupan manusia).
Arca Terkecil Dihancurkan Oleh Juruteknik Makmal Secara Tidak Sengaja
Sumber Foto: dailymail.co.uk
Saiz Trust yang kecil membolehkan ia muat dalam mata jarum, dan tetap stabil di atas helaian rambut. Saiznya yang sangat kecil hanya boleh dilihat menggunakan sebuah mikroskop elektron.
Namun, kewujudan Trust kini hanya tinggal sejarah. Setelah berjaya menghasilkan arca berkenaan, Jonty berhasrat untuk mengambil gambar hasil seni itu menggunakan sebuah mikroskop dan teknologi fotografi yang canggih di dalam sebuah makmal dengan bantuan seorang juruteknik.
Semasa dalam proses mengambil gambar, juruteknik tersebut telah mengubah kedudukan stage tempat Trust diletakkan. Akibatnya, mereka terpaksa menghabiskan masa mencari arca itu.
Akhirnya, Jonty sedar bahawa Trust telah hancur setelah melihat cap jari betul-betul di tempat arca itu dipercayai diletakkan. Beliau sangat terkejut dengan apa yang terjadi, terpaksa menerima kenyataan bahawa Trust kini tidak bersamanya lagi.
Rujukan:
- independent.co.uk [1 , 2]
- dailymail.co.uk