Oleh pada 07 Jan 2018 kategori

Sumber foto: mirror.co.uk

'Tidak bijak tetapi genius ...dan seorang genius yang sangat stabil' ungkapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji dan menggambarkan dirinya.

Dalam beberapa kiriman tweet awal pagi Sabtu, Trump mengungkapkan demikian bagi mencabar penerbitan buku yang mempersoalkan kesihatan mentalnya.

Sebenarnya sepanjang hayat ini, dua aset terbesar saya adalah kestabilan mental dan menjadi seorang yang pintar, benar-benar pintar.


Dari seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, saya menjadi bintang TV popular hingga kepada Presiden Amerika Syarikat hanya pada percubaan pertama. Saya fikir ia lebih layak dipanggil genius berbanding pintar ...dan seorang genius yang sangat stabil!

trump seorang genius atau mental 2

Sumber foto: the-star.co.ke

Buku tulisan Michael Wolff 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' yang disifatkan Trump penuh dengan pembohongan, menggambarkan pentadbiran Rumah Putih yang kacau-bilau, seorang presiden yang tidak bersedia untuk memenangi kerusi itu pada 2016, dan pembantu Trump sendiri yang menghina kebolehannya.

Buku ini terjual seperti pisang goreng panas sejak dilancarkan semalam.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)