Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac 2011 cukup diingati rakyat Jepun. Tragedi itu juga menyebabkan rangkaian kereta api negara itu menjadi huru-hara. Walau bagaimanapun, impaknya becana ini terhadap sistem kereta api Jepun telah dikurangkan hasil kecekapan teknologi yang dimiliki negara tersebut. ,

Kira-kira 12-15 saat sebelum gempa bumi besar dengan 8.9 magnitud melanda tanah besar Jepun pada petang 11 Mac 2011, seismometer di Kinkazan milik pengendali kereta api timur negara itu JR East menghantar isyarat berhenti automatik ke Shinkansen (kereta api lajukelajuan tinggi Jepun) milik mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akibat daripada isyarat amaran tersebut, ianya telah menyebabkan 33 buah kereta api mililk mereka melakukan brek kecemasan bagi mengelakkan kejadian buruk belaku. 

Sistem pengesan gempa bumi

teknologi pengesanan gempa bumi

Pakar industri bersetuju bahawa kerosakan kritikal dan lebih penting lagi, malapetaka besar telah dielakkan kerana pemasangan seismometer sedemikian yang di Shinkansen (salah satu daripada sembilan di sepanjang pantai Pasifik).

Di samping itu, kesan kerosakan juga dapat dikurangkan setelah penyiapan kerja-kerja sistem anti-seismik seperti struktur kalis gempa dan sistem anti-tergelincir yang dijalankan berdasarkan pengalaman Jepun ketika gempa bumi Great Hanshin-Awaji 1995 dan Niigata Chuetsu 2004.

Ya, negara Jepun sememangnya banyak mengambil pelajaran daripada kejadian-kejadian bencan alam yang banyak mereka hadapi sejak dahulu lagi. Dari situ mereka membangunkan teknologi sensor bagi mengesan gempa bumi dan mencipta struktur yang menjadi sesebuah binaan itu kalis gemp bumi.

Sistem pengesanan dan penggera gempa bumi segera (UrEDAS) JR East terdiri daripada seismometer yang dipasang di 97 lokasi. Seperti dengan seismometer Shinkansen, apabila mengesan gegaran akibat gempa bumi, UrEDAS menentukan kesan jangkaan gempa bumi dan menghantar isyarat amaran untuk memotong bekalan kuasa kepada kereta api.

Meminimakan kerosakan

japan railway system avoid disaster

Walaupun mempunyai sistem sehebat dan secanggih UrEDAS, sistem kalis gempa dan kerja-kerja pengukuhan ini tidak dapat menyelamatkan kereta api daripada mengelakkan sebarang kerosakan. Namun, kerosakan yang dialami dapat diminimakan.

Gempa bumi 11 Mac memaksa pihak pengendali kereta api membatalkan, menggantung atau mengurangkan operasi kereta api di kebanyakan rangkaian sepanjang 7,512.6 km. 

Tetapi rangkaian kereta Tokyo berjalan dengan agak baik dan pihak JR East dapat memulakan semula operasi dan perjalanan di semua rangkaian kereta apinya pada 12 Mac dengan gangguan hanya disebabkan oleh kekurangan bekalan elektrik di sesetengah kawasan.

Keperluan penambahbaikan

shinkansen

Walaupun pelbagai langkah menyelamatkan kereta api daripada mengalami kerosakan yang lebih teruk, Kimitoshi Sakai, penyelidik gempa bumi dan kejuruteraan struktur di Institut Penyelidikan Teknikal Kereta Api, percaya pengendali kereta api negara itu mesti memperkenalkan piawaian langkah balas seismik yang sama untuk lebih bersedia menghadapi sebarang bencana pada masa hadapan.

Tidak lama selepas gempa bumi, beliau menulis dalam majalah Railway Technology Avalanche institut itu bahawa langkah-langkah yang diambil selepas gempa bumi pada tahun 1995 dan 2004 telah dijalankan secara berasingan antara satu sama lain dan oleh itu keupayaan aseismik mereka berbeza-beza.

Menurutnya lagi, penambahbaikan dalam keselamatan gempa bumi untuk keseluruhan sistem kereta api hanya boleh dicapai apabila dinilai dengan piawaian yang sama untuk melaksanakan tindakan balas, yang telah ditentukan berdasarkan prinsip rasional.

Dengan sistem yang diseragamkan di peringkat kebangsaan, tindakan balas seismik boleh dilaksanakan dengan lebih cekap kos dan boleh diselaraskn berdasarkan tahap aktiviti seismik di kawasan tertentu.

Kaedah ini membolehkan tindakan balas yang paling sesuai dipilih untuk setiap garis sasaran dengan mengambil tahap gempa bumi, keadaan tanah, keadaan struktur dan tahap trafik kawasan setempat.

Kredit:

  1. Railway Technology
  2. Wikipedia
  3. Nippon



Hakcipta iluminasi.com (2017)