Oleh pada 25 Mar 2017 kategori

Di dunia ini, terdapat banyak haiwan yang boleh menyebabkan kematian dan dikira berbahaya kepada manusia kerana sifat dan cara binatang-binatang ini bertindak. Di sini, saya nak kongsikan haiwan-haiwan yang berbahaya. Kebanyakan daripada haiwan ini sebenarnya tidak berbahaya sekiranya tidak diganggu tetapi ada satu haiwan yang memang akan memburu manusia tidak kira tempat, dan haiwan ini saya letakkan di ranking no 1 sebab memang terbukti haiwan inilah sebenarnya paling berbahaya di dunia.

10. Lembu Afrika

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lembu Afrika dikenali sebagai spesis haiwan yang hidup berkelompok dan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat untuk makan dan minum dengan mencari padang ragut dan sungai. Haiwan ini tidak dianggap berbahaya sekiranya tidak diancam namun akan bertindak sebaliknya apabila nyawanya atau anaknya dalam bahaya. Hal ini boleh dilihat dengan pelbagai video yang menunjukkan kehebatan haiwan ini bertarung dengan singa afrika. Lembu Afrika ini diberi jolokan nama "Black Death" disebabkan sifatnya yang garang yang mampu membunuh ketika diancam dan dibuktikan apabila haiwan ini membunuh lebih banyak pemburu berbanding dengan haiwan lain dengan strategi yang hebat. Lembu ini akan melihat, mengepung dan akan merempuh mangsanya tanpa rasa takut walaupun mereka sudah cedera. Lembu Afrika ini juga akan menyerang kenderaan yang bergerak.

9. Siput Kon

siput kon

Dijumpai di tempat-tempat air laut yang suam dan beriklim khatulistiwa, haiwan cantik ini dikenali kerana cengkerang mereka yang seakan-akan marmar putih dan coklat merupakan cengkerang haiwan yang bernilai tinggi. Siput kon ini boleh ditemui di pantai-pantai yang airnya cetek, terumbu karang dan dibawah pasir di pantai. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak mengambil atau memegang siput kon ini kerana di cengkerang mereka terdapat duri tajam yang mengandungi racun toksik yang kuat iaitu "conotoxin", yang membuatkan mereka adalah siput paling berbisa di dunia. Sekiranya anda terkena racun siput ini, segeralah ke hospital di bilik kecemasan. "Conotoxin" ini akan memberhentikan sel saraf daripada berhubung antara satu sama lain yang akan menyebabkan lumpuh badan dengan pantas.

8. Katak Emas Beracun

katak emas beracun

Katak Beracun ini hidup di Amerika Selatan dan yang paling berbahaya adalah Katak Emas Beracun. Katak ini ditemui tinggal di pesisiran pantai Colombia dan boleh membesar sehingga 2 inci. Racun di badan katak ini iaitu di kulitnya dinamakan "batrachotoxin" adalah sangat merbahaya kerana satu katak ini yang mengandungi lebih kurang 2 microgram toksik ini boleh membunuh sehingga 10 orang dewasa. Apa yang memburukkan keadaan adalah sekiranya seseorang atau haiwan menyentuh kulitnya sahaja sudah akan terkena dengan racun ini. Katak Beracun di Amerika Selatan terkenal digunakan sebagai racun untuk diletakkan di anak panah untuk memburu.

7. Obor-obor kotak Australia

obor obor kotak

Dijumpai berenang di Laut Indo-Pacific di utara Australia, haiwan lutsinar ini adalah haiwan laut paling berbisa di dunia dan diakui oleh National Oceanic and Atmospheric Administration. Obor-obor ini mempunyai 15 sesungut di badannya yang boleh memanjang sehingga 10 kaki panjang yang dipenuhi dengan sel suntikan yang lebih dikenali dengan nama "nematocytes" yang mempunyai toksik yang sekaligus menyerang sistem saraf, jantung dan kulit. Walaupun ada antidot, racun obor-obor ini sungguh kuat sehinggakan kebanyakan mangsa yang terkena boleh strok dan lemas atau kegagalan jantung untuk berfungsi. Walaupun mangsa sempat ke hospital dan menerima antidot, kesan sakit boleh lagi dirasai berminggu-minggu selepas itu ditambah dengan parut akibat sesungut obor-obor ini.

6. Ikan buntal

puffer fish

Ikan buntal memang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia kerana ikan ini terkenal makan umpan pancing. Ikan ini ditemui kebanyakannya di laut tropikal seperti Malaysia, Filipina, China dan amat istimewa di Jepun. Walaupun dianggap haiwan vertebrata kedua paling berbisa di dunia selepas Katak Emas Beracun, neurotoxinnya iaitu dikenali sebagai "tetrodoxin" terdapat di kulit, otot, hati dan organ dalaman ikan ini yang perlu dielak. Hal ini kerana "tetrodoxin" adalah 1200 times lagi beracun daripada "cyanide" dan boleh menyebabkan pening-pening, muntah, susah untuk bernafas, lumpuh otot dan sekiranya tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan kematian.

5. Ular Black Mamba

black mamba

Walaupun Ular Tedung ataupun ular daripada keluarga kapak amat beracun namun Ular Black Mamba adalah berbahaya ditambah dengan kepantasannya bertindak balas. Terdapat di kawasan savana dan berbukit di Selatan dan Timur Afrika, spesis ini yang boleh membesar sehingga 14 kaki panjang adalah ular paling pantas, boleh bertindak balas sehingga 12.5 miles per hour ataupun 20.12 km per hour! Tapi haiwan ini hanya akan menyerang apabila diganggu dan sekiranya diganggu ular ini akan mematuk berkali-kali yang racunnya itu boleh membunuh 10 orang. Mangsa akan mengalami pendarahan dalaman yang sekiranya tidak diberi antidot dalam tempoh 20minit akan menyebabkan kematian.

4. Buaya laut masin

buaya laut masin

Buaya terkenal dengan sifatnya yang garang, agresif dan senang marah sekiranya terdapat sesuatu di dalam kawasannya. Antara kebanyakan spesis di dunia, buaya laut masin yang paling besar dan paling berbahaya di dunia terdapat di kawasan Indo-Pasific bermula di India, Asia Tenggara dan sehingga ke Selatan Australia. Buaya ini boleh membesar sehingga 23 kaki panjang dan mempunyai berat lebih 1 tan dan terkenal kerana telah membunuh ratusan manusia setiap tahun. Buaya laut masin ini boleh menyerang dengan kekuatan gigitan sehingga 3700 psi. Manusia hanya mengigit dengan kekuatan 200 psi. Bayangkan???

3. Gajah

gajah

Terkenal sebagai haiwan darat terbesar di dunia. Haiwan ini banyak ditemui di kawasan taman negara di Afrika dan juga terdapat di hutan tropika seperti di Asia Tenggara. Berdasarkan artikel daripada National Geographic, lebih kurang 500 orang mati setiap tahun akibat serangan gajah.

2. Badak Air

badak air

Badak air terkenal tinggal di sumber-sumber air seperti sungai, tasik atau lopak air yang dalam bagi menyejukkan badannya dan banyak ditemui di Afrika. Walaupun badak air adalah haiwan herbivor, haiwan ini sudah lama dianggap haiwan paling berbahaya di Afrika kerana sifatnya yang sangat agresif terhadap manusia. Ada juga berita yang mengatakan badak air telah menenggelamkan bot dan merosakkan kenderaan manusia kerana sifatnya itu. Haiwan ini telah direkodkan menyebabkan kematian 500 orang setiap tahun.

1. Nyamuk

nyamuk

Daripada haiwan paling besar sehinggalah kepada antara haiwan paling kecil di dunia. Nyamuk terdapat di setiap benua di dunia kecuali Antartika adalah serangga yang amat-amat dibenci oleh manusia kerana penyakit yang dibawanya. Aedes, Anopheles dan Culex adalah punca utama kepada penyakit malaria, chikungunya, encephalitis, elephantiasis, demam kuning, demam denggi dan paling terbaru Virus Zika yang secara kolektifnya telah membunuh 2 hingga 3 juta orang setiap tahun. World Health Organization telah mengatakan separuh populasi manusia terdedah kepada risiko penyakit bawaan nyamuk ini. Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan dan karbon dioksida yang kita hasilkan dan cara mencegah haiwan ini adalah menggunakan ubat nyamuk.




Hakcipta iluminasi.com (2017)