Oleh pada 01 Apr 2017 kategori

Instagram merupakan sebuah aplikasi yang boleh di muat turun secara percuma melalui aplikasi app store atau google play. Aplikasi ini adalah berasal dari gabungan dua nama iaitu insta + gram, Insta itu bermaksud "instant photo" iaitu gambar segera dan gram pula bermaksud telegram yang mampu mengirim informasi dengan cepat. Ia direka khas untuk anda supaya dapat mengambil gambar dan edit menggunakan aplikasi tersebut dan juga meletakkan pesanan atau sebarang caption serta dikongsi bersama pengguna lain.

Instagram juga boleh dijadikan platform perniagaan dalam memasarkan sebarang produk yang kita inginkan. Tak kisahlah produk itu digital mahupun fizikal. Anda hanya perlu mengambil gambar produk dan meletakkan ayat jualan serta menggunakan beberapa hashtag untuk menarik follower atau pelanggan. Mudah kan?

habibol lotfie 958

Ramai dikalangan kita hanya fokus berniaga di laman facebook tetapi mereka tidak mengetahui bahawa di laman Instagram juga boleh memberikan impak yang sangat besar kepada statistik jualan. Kita perlu memvariasikan platform perniagaan kita agar kita tidak ketinggalan kelak.

Disini kami ingin berkongsi tips untuk anda yang ingin memulakan perniagaan menggunakan platform instagram. Tips ini  telah disampaikan oleh Habibol Lotfie atau lebih mesra dikenali sebagai Bibol merupakan seorang pakar pemasaran instagram. Bibol akan berkongsi sebanyak 3 tips untuk anda yang baru atau ingin memulakan perniagaan di instagram.

Instagram (IG) Tips

Instagram (IG) mempunyai 3 elemen yang penting iaitu :

1. Nak dapatkan follower

2. Nak cari Follower yang spesifik atau prospek

3. Memudahkan pencarian prospek berdekatan untuk COD

1. Untuk Nak cari follower.Anda hanya perlu ikuti akaun-akaun yang menjadi ikutan ramai seperti akaun lawak atau kata-kata nasihat contohnya NakBebel, Lawak_Hambar dan lain-lain. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan hashtag #nakbebel #lawakhambar di bahagian komen agar komen anda akan terpapar sekali apabila ada pengguna yang membuat carian berdasarkan hashtag tersebut. InsyaAllah follower anda akan cepat naik jika menggunakan teknik ini. 

contoh hashtag lawak hambar

2. Nak cari Targeted Follower atau SaleTerdapat 2 cara untuk anda mendapatkan targeted follower  iaitu dengan mencari akaun yang sama niche dengan anda atau membuat carian hashtag yang menyamai niche produk anda. Contoh jika anda menjual produk mencerahkan kulit anda perlu mencari Hashtag seperti #Putih dan ikuti semua akaun pengguna yang berkaitan dengan hashtag ini.

Anda juga boleh ikuti semua follower kepada akaun penjual yang menjual produk menyamai niche produk anda. Bagaimana caranya?, anda hanya perlu klik pada bahagian Follow by hashtags atau 'user followers'. Ini dinamakan sebagai 'targeted follow'.

Tapi anda hanya boleh ikuti salah satu sahaja samaada melalui hashtags atau 'user followers', jika nak menggunakan kedua dua fungsi ini, anda harus follow akaun yang sama niche selepas itu pada bahagian komen anda letak hashtag yang berkaitan. Selesai masalah anda.

Nak lagi spesifik, anda perlu ikuti orang yang komen dan like akaun berdasarkan niche berkaitan.

contoh hashtag putih

3. Nak cari prospek berhanpiran atau COD barang niaga anda.

Caranya lebih kurang sama macam sebelum ini, cuma kali ini anda perlu set lokasi yang anda mahukan. Anda hanya perlu klik pada bahagian Follow dan pilih Follow by location. Jadi ia akan follow sesiapa sahaja yang ada di lokasi tersebut, mudah untuk mendapatkan pelanggan yang berdekatan dengan anda untuk urusan cash on delivery (COD)

contoh location alor setar

Itu sahaja antara perkongsian yang sangat menarik dari Habibol, di harap supaya anda dapat belajar sesuatu dari tips ini. Usah berlengah lagi, mulakan perniagaan anda melalui platform Instagram atau ringkasnya disebut IG. Akaun IG ada mampu menjadi aset anda dimasa hadapan. Ramai penjual terlepas pandang tentang perkara ini.

Nantikan tips Instagram pada sesi yang akan datang. Jangan lupa untuk like facebook page Iluminasi kerana terdapat banyak artikel menarik disediakan khas untuk anda.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)