Oleh pada 21 May 2021 kategori

Operasi memburu telah dimulakan kerajaan Belgium terhadap seorang askar negara itu yang merupakan seorang suspek keganasan. Suspek dikatakan hilang setelah membuat ancaman terhadap ahli virologi (pakar virus) pro-vaksin beberapa hari lalu.

misi memburu jurgen conings

Misi memburu sedang giat dijalankan pihak berkuasa Belgium

Selain 250 orang anggota polis, sebanyak 150 tentera Belgium berganding bahu dalam operasi memburu suspek. Satu pasukan besar terpaksa dikerahkan memburu lelaki ini kerana ancaman tinggi yang mampu dilakukannya.

Suspek yang bernama Jurgen Conings, 46 tahun, menghilangkan diri selepas membuat ancaman terhadap kerajaan Belgium, selebriti dan seorang pendakwa persekutuan.

Memiliki senjata berat

Lebih menakutkan, Conings dipercayai telah mencuri peluncur anti-tank, 4 roket, sebuah sub-mesingan P90, 2000 butir peluru dan beberapa bom tangan dari tempat simpanan senjata tentera.

jurgen conings

Jurgen Conings

Sebelum Conings menghilangkan diri pada 19 Mei, dia telah menulis sepucuk surat dan ditinggalkan di rumahnya. Dia menyatakan akan melakukan sesuatu yang akan "mengubah masyarakat selamanya".

Selain menyatakan bahawa keadaan di Belgium tidak akan sama lagi selepas ini, Conings juga mendakwa bahawa dia tidak akan kembali lagi.

Conings merupakan seorang penembak tepat dan jurulatih bagi tentera Belgium sebelum mereka dihantar ke misi luar negara. Dia yang berbadan sasa dan sukakan sukan tinju itu sebenarnya sudah berada dalam senarai pelampau yang dipantau agensi anti-pengganas Belgium.

Malangnya, Conings masih lagi bertugas dan mempunyai akses kepada simpanan senjata tentera. Sebahagian senjata yang dicuri suspek berjaya ditemui semula dalam sebuah SUV miliknya yang ditinggalkan di Dilsen, barat Belgium, berhampiran sempadan Belanda.

Pemburuan sedang aktif dijalankan

Pihak berkuasa juga tidak menolak sekiranya Conings mempunyai senjata berbahaya yang lain. Pihak berkuasa sedang aktif mencari Conings di Hoge Kempen, sebuah kasawan seluas 30,000 ekar yang meliputi hutan, tasik dan bukit berpasir.

operasi menjadi jurgen conings

Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, memberitahu agensi berita negara itu mempersoalkan bagaimana seorang yang berada dalam senarai pemerhatian dan mempunyai idea ekstremis masih aktif dalam perkhidmatan pertahanan dan mempunyai akses kepada senjata.

Pihak polis menyeru agar sesiapa sahaja yang terlihat Conings agar tidak mendekati lelaki itu atau mengambil tindakan sendiri sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana Conings merupakan suspek yang sangat berbahaya. 

Antara orang yang diancam oleh Conings ialah Marc Van Ranst, seorang ahli viroligi terkemuka Belgium yang menjadi tokoh penting di negara itu semasa krisis COVID-19 melanda.

Terpengaruh dengan teori konspirasi

Van Ranst menyokong pemberian vaksin dan sekatan sosial yang dilakukan di negara itu dan menjadi penasihat kepada pemerintah Belgium untuk melaksanakan tindakan semasa menghadapi wabak.

marc van ranst

Marc Van Ranst

Van Ranst memberitahu akhbar Belga bahawa dia telah membuat aduan setelah ancaman bunuh dibuat terhadapnya di laman web Viruswaanzin (Virus Insanity), sebuah kumpulan yang membantah tindakan kerajaan dalam mengekang wabak COVID-19.

Conings pula adalah seorang pengguna media sosial yang aktif dan cenderung kepada pandangan teori konspirasi. Conings percaya bahawa COVID-19 adalah palsu dan segala sekatan yang dilakukan kerajaan mempunyai tujuan politik lain.

Ahli virologi itu dan keluarganya telah dipindahkan ke satu kawasan rahsia bagi melindungi keselamatan mereka. Pihak berkuasa segera mengambil Van Ranst di hospital manakala anaknya pula diambil di sekolah dan isterinya di rumah.

Ancaman ekstemis yang semakin meningkat

Sebenarnya, Van Ranst telah berada di bawah perlindungan polis Belgium sejak dari Julai tahun lepas lagi. September lalu, Van Ranst menjadi mangsa kritikan nasionalis dan pernah menerima ancaman bunuh kerana bercakap menentang sifat perkauman dan xenofobia (prejudis terhadap orang dari negara lain.)

gerakan ekstremis sayap kanan di belgium

Gerakan ekstremis sayap kanan di Belgium

Ketika ditemuramah bagaimanakah perasaannya tentang keadaan sekarang, Van Ranst berkata ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana dia sering menerima ancaman hampir setiap hari.

Namun, ancaman yang dibuat oleh Conings dilihat begitu serius memandangkan latar belakang lelaki itu dan dia memiliki senjata berat yang amat berbahaya. Van Ranst mengaku bahawa dia agak risau dengan keadaan itu.

Dalam laporan tahunan yang diterbitkan tahun lepas, Agensi Keselamatan dan Perisikan Awam Belgium menyatakan kebimbangan mengenai ancaman ekstremis sayap kanan yang semakin berkembang di negara itu.

Rujukan:

1. Belgium melancarkan misi memburu besar-besaran

2. Tentera terlatih mengugut pakar perubatan Belgium

3. Tentera curi senjata berat dan membuat ugutan bunuh



Hakcipta iluminasi.com (2017)