Oleh pada 18 Jun 2019 kategori

kenapa unfollow instagram redza rosli ini reaksi ayda jebat 1

Kredit foto: Instagram @aydajebat & Instagram @redzarosli

       

Hubungan rapat antara Ayda Jebat dan Redza Rosli seakan renggang apabila pasangan ini dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama dan berbalas komen di media sosial.

Hasil carian juga mendapati Ayda tidak lagi mengikuti akaun Redza di laman Instagram.

Malah, pelakon lelaki itu turut tidak mengikuti Ayda, meskipun foto mereka bersama masih dikekalkan di akaun masing-masing.

      kenapa unfollow instagram redza rosli ini reaksi ayda jebat 2

Kredit foto: Instagram @aydajebat

      

Kali terakhir pasangan ini memuat naik foto bersama adalah pada hari ulang tahun kelahiran masing-masing pada Mac lalu.

Bertanya kepada empunya diri tentang status terkini hubungan itu, reaksi Ayda hanyalah sekadar mengunci mulut. Beliau enggan mendedahkan sebarang cerita.

Terdahulu, baik Ayda mahupun Redza masing-masing tidak mengeluarkan jawapan pasti status hubungan mereka meskipun dianggap peminat sebagai pasangan kekasih.

Keadaan hubungan itu bagaimanapun mengundang teka-teki ramai apabila kemesraan ditunjukkan semakin hambar apabila masing-masing tidak lagi memuat naik foto bersama ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Ia sekaligus menimbulkan persoalan adakah pasangan ini tidak beraya berdua seperti tahun lalu yang mana Redza pada 2018 ada mengunjungi rumah keluarga Ayda di Melaka, meraikan Syawal bersama.

       

Info Ayda Jebat

  • Nama penuhnya, Nur Suhada binti Jebat.
  • Berusia 27 tahun.
  • Anak sulung daripada empat adik-beradik.
  • Bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan yang ketika itu dimenangi penyanyi Hazama.
  • Antara lagu hitsnya seperti Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata, Pinjamkan Hatiku dan Temberang.

    

Sumber berita:

1. MHE TV

2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)