"Buat apa sahaja yang perlu untuk selamatkan nyawa saya" kata Greg Manteufel

Satu jilatan yang dilihatkan sebagai sesuatu yang langsung tidak berbahaya daripada seekor anjng bertukar menjadi mimpin ngeri bagi seorang lelaki dari Wisconsin, Amerika Syarikat.

Ketika dia jatuh sakit pada akhir bulan Jun, Greg Menteufel pada mulanya beranggapan bahawa demam dan muntah yang dialaminya hanyalah disebabkan selesema.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaubagaimanapun, gejala-gejalanya tidak lama kemudian menjadi semakin buruk secara drastik sehinggakan demamnya menjadi tersangat panas dan Greg menjadi sangat takut. Ketika itulah isterinya membawa Greg ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Dijangkiti bakteria Capnocytophaga canimorsus

jangkitan capnocytophaga canimorsus

Mereka kemudiannya mendapati punca kepada penyakit yang dialami Greg, iaitu jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai Capnocytophaga canimorsus, yang boleh dijangkiti melalui jilatan seekor anjing.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, Capnocythphaga adalah bakteria yang terdapat di mulut manusia, anjing dan kucing. Sehingga 74% anjing dan 57% kucing mempunyai bakteria ini dalam mulut.

jilatan anjing boleh sebabkan jangkitan berbahaya

Dan jika bakteria ini menjangkiti manusia, terutama sekali mereka yang mempunyai sistem ketahanan badan yang lemah, ia boleh memudaratkan individu tersebut.

Penyakit itu membuatkan tubuh badan Greg lebam-lebam dan kelihatan seperti dipukul menggunakan kayu besbol.

Terselamat daripada jangkitan berbahaya

Setelah dirawat, Greg terselamat daripada jangkitan tersebut, tetapi terpaksa berhadapan dengan sesuatu yang amat perit. Dalam masa seminggu di hospital, kedua-dua kakinya telah dipotong, diikuti dengan kedua-dua tangannya.

Dipercayai bahawa Greg dijangkiti dengan bakteria ini daripada air liur seekor anjing, kemungkinan daripada jilatan anjing peliharannya sendiri.

Bakteria Capnocytophaga canimorsus kemudiannya menyebabkan jangkitan darah yang jarang berlaku dan teruk dalam badan Greg sebaik sahaja memasuki saluran darahnya lalu mengakibatkan berlakunya sepsis atau keracunan darah.

Walaupun jarang berlaku, terdapat satu lagi kes yang dilaporkan pada tahun 2016 di mana seorang wanita berusia 70 tahun dijangkiti dengan jangkitan yang sama selepas dijilat oleh anjing peliharaannya.

greg manteufel bersama anjing peliharaannya 677

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi.

Ia termasuklah mereka yang meminum alkohol berlebihan, mempunyai penyakit seperti kanser, diabetes atau HIV, mengambil ubatan yang toksik kepada sel badan seperti kemoterapi atau pernah menjalani pembedahan membuang limpa.

Pusat Kawalan Penyakit mengesyorkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan ini agar lebih berhati-hati dengan anjing dan kucing.

"Kami tak dapat menghadam semua ini dengan serta-merta. Dia berusia 48 tahun dan dikelilingi anjing sepanjang hidupnya. Dan kini, ini berlaku," kata isteri Greg.

Rujukan:

CBS News

Business Insider

Washington Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)