Oleh pada 18 Mar 2017 kategori

CALGARY, Alberta: Penyelidik dari Kanada mengkaji tahap air kencing yang berada didalam kolam renang telah menemui tahap air kencing berada pada tahap yang tinggi dan tidak memuaskan.

Penyelidik dari University of Alberta telah membangunkan satu ujian untuk mengukur jumlah air kencing dan mengambil lebih daripada 250 sampel air daripada 31 kolam renang dan tab mandi air panas di dua buah bandar di Kanada. 

Hasil kajian menunjukkan satu kolam yang mengandungi 830,000 liter, iaitu kira-kira satu pertiga daripada kolam yang bersaiz Olimpik mempunyai 75 liter air kencing manakala kolam yang lebih kecil mempunyai 30 liter air kencing.

swimming ppool

Manusia memperkenalkan "pelbagai bahan kimia" ke dalam kolam renang reakrasi melalui cecair pada badan, dan terdapat perubahan warna air yang berlaku didalam kolam pada acara temasya sukan kolam Rio Olimpik 2016 menyebabkan perlu untuk memantau kualiti air, menurut dari kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sains Persekitaran dan Teknologi Maklumat.

swimming pool2

Walaupun air kencing sendiri boleh disteril, kehadirannya di dalam kolam renang adalah satu kebimbangan yang akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan kerana air kencing boleh bercampur dengan bahan kimia kolam membahayakan tahap kesihatan perenang, menurut daripada sumber kajian tersebut.

sumber : Reuters




Hakcipta iluminasi.com (2017)