Sebagai penjawat awam, banyak kelebihan yang diberikan oleh kerajaan. Antara kelebihan yang diberikana adalah elaun bersara/pencen dan juga kemudahan pinjaman kewangan. Disebabkan kemudahan pinjaman kewangan inilah yang menyebabkan ramai golongan muda yang menghadapi masalah kewangan.

Mari ikuti tulisan En. Mohd Fadhli Mohd Fauzi mengenai beberapa kesilapan strategi penjawat awam disebabkan salah faham mereka. Boleh ikuti laman Facebook beliau untuk ilmu berkaitan hartanah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untung jadi penjawat awam kerana selepas sah jawatan, mereka boleh membuat pembiayaan perumahan kerajaan dengan margin pembiayaan 100% pada had kelayakan pembiayaan yang tinggi.  

Tapi malangnya ramai terperangkap dengan dua perkara ini, iaitu margin pembiayaan 100% dan had kelayakan yang tinggi. 

Kalau anda penjawat awam atau pasangan / kenalan anda ialah penjawat awam, baca dan kongsikan artikel ini supaya lebih ramai celik hartanah. 

1. Had pembiayaan 100% 

Penjawat awam banyak yang terperangkap apabila tahu margin pembiayaan perumahan kerajaan adalah 100%. Maknanya, jika kelayakan mereka 270K, mereka boleh beli rumah harga怊270K dengan pembiayaan penuh.

Penjawat awam yang belum celik hartanah terutamanya yang baru kerja pasti akan menyangka mereka tak perlu keluar duit sendiri kerana margin pembiayaan adalah 100%.

Maka, buat apa nak risau untuk menyimpan deposit beli rumah. Sebab itu ramai yang mulakan kerjaya dengan pembiayaan peribadi, diikuti pembiayaan kereta.

"Tabung rumah? Kan pembiayaan penuh," kata mereka.

Hmm.. takpe, nanti masa mereka mula survey untuk beli rumah, baru mereka tahu pembiayaan penuh pun lazimnya kena bayar deposit juga; biasanya 10%, kadang-kadang 3%, dan jarang-jarang 1%, walaupun ada juga yang boleh dapat 0%. Bayaran deposit tu akan dipulangkan selepas pembiayan fully disbursed.

Kalau deposit 0% pun, untuk rumah undercons, kena juga keluar duit lepas siap nanti untuk renovasi rumah sikit. Untuk subsale, kalau dapat rumah yang cuci kaki je terus masuk takpelah juga.

2. Had kelayakan tinggi

Anda boleh rujuk gambar had kelayakan pembiayaan perumahan penjawat awam. Sangat tinggi, kan?

pinjaman perumahan

Ramai penjawat awam terperangkap dengan had kelayakan tinggi ini dengan terus membeli rumah idaman sebagai rumah pertama, yang biasanya mereka jadikan rumah terakhir mereka juga.

Ada juga yang menggabungkan had kelayakan suami dan isteri kerana kedua-dua mereka ialah penjawat awam demi membeli rumah idaman harga gabung kelayakan.

Dua-dua layak 340K, jadi bolehlah beli rumah 680K. Landed, undercons, besar. Konfem, ini rumah idaman.

"Layak, kan? Kenalah manfaatkan kelayakan ini," kata mereka.

A'ah, menang layak, tapi sebenarnya ramai yang tak mampu.

Apabila gaji mula dipotong untuk bayar rumah, baru perasan baki gaji yang ada cukup-cukup untuk bayar pembiayaan peribadi dan pembiayaan kereta. Nak dijadikan cerita, dua-dua kena pindah tempat kerja, jadi rumah idaman kosong. Nak sewakan rasa sayang. Hmm..

Penjawat awam yang bijak akan memanfaatkan keistimewaan ini untuk miliki 3 rumah dengan modal minima, bukan terperangkap dengannya.

Mohd Fadhli Mohd Fauzi

19 Ogos 2017




Hakcipta iluminasi.com (2017)