Dengan kenaikan bilangan kenderaan atas jalan, tak hairanlah kenapa jumlah tempat letak kereta di Malaysia ni - terutama sekali di Kuala Lumpur - seolah-olah tak pernah cukup. Kalau pergi shopping mall, berebut-rebut orang nak parking. Kalau di tepi jalan pula, bersepah-sepah orang double park. Kadang-kadang teruk sangat kawasan tu sampai triple park.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun tak cukup ruang untuk meletakkan kenderaan, sekurang-kurangnya jadilah warga Malaysia yang prihatin dan berhati mulia sikit dengan parking secara berhemah. Adakah kita suka dan bangga digelar pemandu biadap dan kurang ajar?
Ini antara tabiat parking orang Malaysia yang selalu kita nampak.
#1 Tolong 'chup' parking
Pernahkah anda berpusing-pusing mencari parking, kemudian anda ternampak sebuah parking yang kosong. Anda dengan rasa gembira ingin memberi lampu isyarat, tiba-tiba ternampak seorang manusia berdiri tercegat di tengah-tengah parking sambil memberi isyarat "tak boleh masuk?"
Kadang-kadang spesies ini akan menyuruh sang anak berdiri di situ untuk membuat 'booking' sementara ibu atau bapa memandu membuat pusingan untuk kembali. Hendak dimarah pun tidak sampai hati. Hanya mampu rasa kasihan pada si anak kerana mempunyai ibu dan ayah berperangai sedemikian.
#2 Parking dua petak
Yang ni selalu menyirap je tengok. Kalau dia bawak lori ke bas ke takpe la jugak kan nak makan ruang parking besar-besar.
Kadang-kadang ada tu jenis parking bontot kereta dia terjulur makan parking sebelah sehingga menyusahkan orang lain nak masuk atau keluarkan kereta.
#3 Parking di petak reserved
Kat hospital, bangunan pejabat ataupun apartment/kondo selalu nampak spesies yang macam ini. Dia punya malas nak pergi visitor's parking, sanggup ambil parking yang bukan hak dia. Ni takde lain punya alasan, semua sebab MALAS. Maka, tak hairanlah ramai orang Malaysia ni gemuk-gemuk belaka. Jalan jauh sikit pun taknak.
#4 Parking rapat gila
Yang spesies macam ni memang biadap la. Dia pikir pintu dia je boleh buka. Kalau kita nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu penumpang sebab tak muat nak buka pintu belah pemandu.
Tapi kalau jadi macam dalam gambar ni, nak masuk ikut mana? haha.
#5 Parking kat ruang pejalan kaki
Yang ni selalu nampak kalau pergi shopping mall atau hypermarket. Pejalan kaki nak lalu sambil tolak troli pun tak boleh disebabkan ada manusia bodoh sombong macam ni.
#6 Double parking
Perangai yang satu ini memang bukan dipanggil tabiat lagi dah. Rasanya ini memang dah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia. Tapi yang menghairankan, walaupun dah biasa double park, majoriti rakyat Malaysia masih bebal kerana tidak reti-reti meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
#7 Merampas parking orang
Kadang-kadang tu kita dah tunggu lama siap bagi signal nak tunggu ada kereta nak keluar. Lepas tu tiba-tiba je ada kereta laju terus masuk parking yang kita tunggu tu. Boleh cepat-cepat dia keluar buat tak nampak je kita yang menunggu ni. Sampah masyarakat betul.
Tapi best jugak kalau semua kereta boleh buat macam jeep ni. Haha.
#8 Parking di pam minyak TAPI tak isi minyak pun
Kalau pergi stesen minyak, kadang-kadang anda boleh nampak spesies macam ni. Disebabkan tak ada tempat nak park, maka spesies manusia ni akan park di tepi pam minyak. Lepas tu dia turun la pegi toilet ke, beli rokok ke, beli jajan. Tapi bila dah datang, masuk kereta, start enjin dan berlalu pergi. Padahal ada line panjang kot tengah tunggu nak isi minyak nih!
#9 Parking depan rumah orang
Yang ini selalu jadi kalau time solat Jumaat dan kenduri. Mesti banyak rumah jadi mangsa. Nak-nak kalau rumah tu berhampiran dewan atau padang tempat kenduri. Letak pi lah signboard sebesar gajah tulis "no parking" pun, tapi mereka tetap akan parking. Ini menunjukkan ramai orang Malaysia jatuh dalam kategori buta penglihatan ataupun buta huruf.
#10 Parking OKU
Ini mungkin kesinambungan daripada point #9. Adakah anda tahu kat Malaysia ni teramat ramai bilangan OKU? Mungkin kebanyakannya mempunyai kurang keupayaan untuk berfikir sejak lahir. Kesian sangat.