Kalau anda memandu sendiri kereta, anda mungkin pernah atau masih mengalami masalah parallel parking. Dalam bahasa Melayu, letak kereta sejajar. Tapi di Malaysia, ramai orang suka gelar side parking. Kalau anda hebat sekalipun, mesti anda pernah nampak orang lain yang struggle dengan penuh kegigihan nak letak kereta. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang.
Bagi pemandu amatur atau pemandu yang baru dapat lesen, mereka selalu rasa malu nak mencuba side parking terutama sekali kalau ada kereta lain di belakang. Takut kena gelak. Tapi ada juga yang berani mencuba. Sehinggakan kadang-kadang tu lama betul cubaan dibuat sampai mengganggu aliran trafik.
BESARKAN TEKS A- A+
Semasa belajar memandu dan sebelum dapat lesen, kita telahpun diajar untuk meletakkan kereta secara side parking. Bukan di Malaysia saja, malah silibus ini menjadi komponen penting sekolah memandu di seluruh dunia.
Persoalannya, kenapa masih ramai yang tak boleh buat dengan betul? Kenapa susah sangat nak parking tepi? Kenapa mesti reverse dulu baru masuk? Kenapa tak boleh masuk bahagian depan dulu? Dan akhir sekali, kenapa masih ramai yang buat cubaan side parking sampai jadi macam ni (wajib tengok video pada minit 4:40)
Kalau nak beri anda jawapan standard, side parking sebenarnya lebih mudah jika anda masuk secara mengundur. Secara umumnya, gerakan sebuah kereta dikawal menggunakan tayar hadapan. Oleh sebab itulah kereta boleh dikemudikan dengan mudah, berbanding dengan tayar belakang yang hanya boleh bergerak lurus.
Sekarang, apa kata kita kupas lebih lanjut mengenai 'anatomi' sebuah kereta dan juga side parking.
Meletakkan kereta di antara dua buah kereta boleh menggentarkan jiwa seseorang pemandu amatur. Apatah lagi jika mereka memandu kereta besar dan ruang yang ada itu agak sempit. Sekiranya seseorang pemandu belum mempunyai pengalaman yang cukup dalam meletakkan kenderaan secara selari, maka dia mungkin boleh mengalami masalah besar.
Apa yang perlu difahami sebenarnya mudah sahaja. Majoriti kereta atas jalan raya merupakan kenderaan pacuan dua roda (2WD) maka ia seringkali mempunyai jejari pusingan (turning radius) yang lebih besar dan menyebabkan pemandu perlu berusaha gigih untuk gerakan pusingan. Stereng pula akan memudahkan gerakan sudut kereta dan mengatur pandu arah yang stabil bukan sahaja ketika bergerak ke hadapan, malah apabila sedang mengundur.
Kenapa tak boleh masukkan bahagian depan dulu?
Jika anda cuba side park dengan memasukkan 'kepala' kereta dahulu, tayar belakang hanya akan mengikut arah tayar depan. Dalam erti kata lain, anda memerlukan ruang sekurang-kurangnya dua petak parking untuk membolehkan anda parking dengan penuh kejayaan.
Akan tetapi, sekiranya ruang yang ada di situ hanya cukup-cukup makan untuk sebuah kereta, di sinilah timbulnya masalah. Boleh kata hampir mustahillah untuk parking sejajar. Kalau anda berjaya sekalipun, hasil parking pastinya tak kemas dan senget-benget.
Oleh sebab itu, cara yang terbaik adalah dengan meng'gostan'kan kereta untuk membuat side parking. Jika anda mengundurkan kereta, anda akan meletakkan tayar belakang pada posisi sepatutnya, kemudian barulah tayar hadapan digerakkan ke arah yang betul. Senario yang paling ideal adalah seperti ini:
Jadi, lepas ni kalau anda nak buat side parking, ingatlah bahawa anda mesti masukkan tayar belakang terlebih dahulu, baru diikuti dengan tayar hadapan. Kalau degil taknak dengar cakap jugak, panggillah pemandu profesional macam ni tolong parkingkan untuk anda.