Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Di usia 26 tahun, aktor meningkat naik, Syafiq Kyle akui tidak tertekan saat diajukan pertanyaan berkaitan jodoh oleh saudara-mara.

Pelakon drama fenomena Nur itu berkata, dia juga bersedia menjawab soalan setiap kali keluarga besarnya berhimpun di kampung halaman pada Syawal.

"Setiap kali saya terima soalan itu, saya akan jawab yang saya masih muda. Lagipun saya dah biasa dengan soalan tu.

"Kadang-kadang tak ada soalan yang nak ditanya cuma makcik atau pakcik nak ajak berborak sahaja.

"Kalau waktu saya penat pun saya akan layan juga tapi secara berjenaka. Tak ambil serius sebab kalau serius tu yang buat saya marah," katanya kepada Mstar Online.

Mengulas sambutan hari raya, Syafiq berkata, dia akan pulang ke kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ditanya persiapan menjelang hari mulia itu, pelakon yang dikesan bakatnya menerusi program Hero Remaja 2011/12 itu berkata, dia hanya terbabit dalam soal perbelanjaan makanan kerana setiap tahun keluarganya mengendalikan jamuan hari raya.

syafiq kyle dah sedia jawab soalan ini kenyataannya 2

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

"Saya tak ada buat persediaan hari raya untuk diri sendiri. Sebab setiap tahun akan balik kampung.

"Saya cuma sediakan dari segi makanan sahaja. Bila raya di kampung, keluarga akan buat jamuan untuk saudara mara," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syafiq berkata dia akan berehat selama sebulan selepas berakhirnya musim raya.

Kesempatan bercuti panjang itu bakal dimanfaatkan sebagai persiapan memasuki set penggambaran drama baharu.

"Selepas raya saya akan bercuti lama. Saya pilih untuk bercuti tu pun sebab nak buat persiapan masuk set penggambaran lain.

"Saya akan cuti selama sebulan dan insya-Allah bulan Ogos nanti baru saya akan mula penggambaran drama baharu," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)