Oleh pada 24 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Aktor Syafiq Kyle menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya menggunakan bahan terlarang termasuk dadah untuk tampil kurus.

Sebaliknya, Syafiq, 26, yang enggan mengambil pusing tanggapan negatif itu, mengamalkan aktiviti bersukan sebagai alternatif untuk mendapatkan tubuh badan menarik.

“€Sebenarnya saya sudah berhadapan tanggapan sebegitu sejak dulu lagi sebelum saya kurus pun. Selepas turun 15 kilogram daripada berat terdahulu, lagilah orang bercakap macam-macam.

“€Bagaimanapun, penurunan itu adalah disebabkan saya bermain bola sepak setiap minggu. Saya mesti cari masa juga untuk bersenam dalam seminggu walau sibuk macamana pun," katanya kepada Harian Metro.

Syafiq menyerahkan persepsi netizen untuk menilai kebenaran spekulasi berkenaan, sedang dirinya yakin hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui realiti sebenar.

syafiq kyle jawab dakwaan ambil dadah 2

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

“€Mengenai dakwaan saya mengambil barang terlarang itu, suka hatilah orang nak kata apa pun. Siapa yang tengok saya depan-depan tahulah sama ada saya ambil atau tidak,”€ katanya.

Secara dasarnya, pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu meletakkan amalan pemakanan sihat sebagai kunci mudah bagi mendapatkan bentuk badan yang diinginkan.

Tiada sebarang pelan diet berbahaya, namun pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini berpantang makan untuk mengelakkan risiko gemuk. Berikut tips yang dikongsikannya:-

“€Sebenarnya kalau sudah tahu formula bagaimana turunkan berat-badan, prosesnya jadi lebih mudah. Itulah yang saya amalkan di mana kebanyakannya berbalik kepada pemakanan terkawal.

“€Saya amalkan makan nasi sekali saja dalam seminggu tapi masih ambil daging, ikan dan makanan yang direbus serta tidak berminyak. Selain itu, saya tidak mengambil garam dan gula bagi mendapatkan bentuk wajah yang lebih menarik."




Hakcipta iluminasi.com (2017)