sufian suhaimi ditampar kerana kantoi curang 2 352

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Suatu ketika dahulu, penyanyi Sufian Suhaimi pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita.

Hubungan itu digambarkan seolah berada dalam kehidupan yang melalaikan kerana pasangan kekasih ini sering menghabiskan masa bersama dengan berkunjung ke pusat hiburan.

sufian suhaimi ditampar kerana kantoi curang 1 920

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Lalu, Sufian mengenali seorang wanita lain yang bertudung di mana telah mengubah haluan hidupnya ke arah kehidupan yang lebih baik.

Tanpa sedar, Sufian jatuh cinta sebelum kedua mereka hidup sebagai pasangan kekasih.

Namun 'penipuan' Sufian nyata tidak bertahan lama apabila wanita bertudung berkenaan menyedari penyanyi itu telah menduakan dirinya.

Tindakan drastik diambil di mana wanita itu lantas memutuskan hubungan dan meninggalkan Sufian.

Dalam sebuah kejadian lain, kekasih pertama Sufian turut marah apabila mengetahui beliau berlaku curang sehingga bertindak menampar wajah lelaki tidak bertanggungjawab itu.

Namun, buat para peminat Sufian janganlah terlalu kecewa kerana ia hanyalah plot cerita dalam video muzik rasmi terbaru penyanyi itu iaitu single Di Matamu yang dilancarkan di laman Youtube mulai hari ini.

Barangkali apa yang boleh disimpulkan daripada kisah tersebut agar pasangan kekasih lebih menghargai dan jangan mempermainkan hati orang yang tersayang.

Sehingga kini, hanya dalam tempoh sembilan jam, video rasmi yang dimuatnaik sejak jam 9 pagi itu telahpun meraih lebih 600,000 tontonan! Berikut kami kongsikan videonya.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)