sufian suhaimi dedah bagaimana direject 1

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan bagaimana permohonan kerjanya sewaktu mengikuti sesi temuduga Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) ditolak pada dua tahun lalu.

Penyanyi lagu Terasa Ada itu mengatakan ia bukan berpunca kerana dia tidak layak, sebaliknya belum menerima Ijazah Sarjana Muda.

"Saya pernahlah rasa kena 'reject' ketika menghadiri sesi temuduga SL1M) pada dua tahun lalu.

"Ingatkan nak cuba cari kerja yang ditawarkan di situ selepas tamat belajar tapi tak berjaya pun.

"Bukan sebab tak layak tapi ketika itu sijil Ijazah Sarjana Muda saya belum dapat," kata Sufian menurut portal Mstar Online.

Beliau membuat kenyataan di program temuduga Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) di Maeps, Serdang baru-baru ini.

Sementara itu, Sufian berkata, program berkenaan adalah medium terbaik bagi kesemua golongan umur untuk memperoleh pekerjaan.

sufian suhaimi dedah bagaimana direject 2

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

"Bagi saya, ia satu peluang dan inisiatif untuk sesiapa yang memerlukan pekerjaan. Bukan hanya untuk golongan belia yang baru tamat belajar.

"Jadi, sesiapa yang masih mencari pekerjaan yang sesuai mengikut bidang boleh datang ke sesi temuduga itu.

"Jangan sia-siakan peluang yang ada dan jika tak berjaya, boleh cuba selepas itu lagi. Jangan putus asa," pesannya.

Sufian baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang komunikasi peringkat sarjana.

Dalam pada itu, dia nekad memberi tumpuan penuh dalam kerjaya seni serta tidak bercadang menyambung pengajian ke tahap seterusnya.

"Buat masa ini memang saya tiada perancangan untuk sambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

"Saya nak fokus semula karier nyanyian memandangkan lagu terbaru saya akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Mengenai perkembangan terkini, single terbaharunya, Ku Dimatamu yang merupakan ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen akan menemui peminat pada 23 atau 24 Mac ini.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)