Oleh pada 19 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

     

Adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan mendedahkan dia dan FD Idzham kini sudah tinggal sebumbung.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menjawab soalan salah seorang pengikutnya di ruangan komen kiriman terbaharu Instagramnya.

"Hmm.. Kamu tidak sepatutnya keluar rumah. Stay home!" cetus seorang netizen.

"Tapi ini adalah rumah kami," jawab Ameera.

Kenyataan itu bagai menjawab persoalan spekulasi sebelum ini yang mengatakan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan.

     

ameera khan

ameera khan kahwin di london 970

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

    

Posting itu memaparkan Ameera sedang menyambut ulangtahun kelahiran FD Idzham.

Terdahulu, punca kehilangan instafamaous terkenal itu dari radar media sosial selama lapan bulan sejak tahun lalu, menjadi tanda tanya ramai.

Ameera bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas kerana dia melihat ia sebagai sesuatu yang tidak perlu dia kongsikan kepada umum.

     

suami ameera khan 280

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

     

“Seperti saya memilih untuk tidak bercakap ketika menyahaktifkan akaun IG, begitulah persoalan lain.

“Selama tempoh ‘kehilangan’ itu, saya memang tidak mahu orang tahu apa-apa mengenai diri ini.

“Jadi, tiada sebab saya hendak bercakap atau menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Orang luar tak perlu tahu dan campur tangan dalam kehidupan saya.

“Saya tahu apa yang dibuat... Tidak penting orang di luar ambil tahu,” katanya kepada portal BH Online.

    

Baca: Biodata Ameera Khan, Adik Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Noor Kartini Noor Mohamed, Ibu Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Noor Nabila, Kakak Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Athisha Khan, Adik Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Faliq Khan, Adik Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Penyanyi Qalisha Ray, Sepupu Pelakon Neelofa

Baca: Biodata Chef Adamdidam, Sepupu Pelakon Neelofa

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)