ameera khan dikecam perlekeh spm pula default

Kredit foto: Instagram.com/littlemisskhan

Tidak lekang dengan kontroversi, adik kepada Neelofa, Ameera Khan yang baru-baru ini seolah-olah memandang rendah jenama telefon Samsung, sekali lagi menjadi kecaman netizen.

Menerusi sebuah kemaskini di Twitter, dia mengeluarkan kenyataan seperti memandang rendah akan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya tidak memasuki sekolah antarabangsa untuk mengambil SPM. Kelakar sungguh," tulisnya.

ameera khan dikecam perlekeh spm pula

Menyifatkan kenyataan itu sebagai riak, rata-rata netizen mula meluahkan rasa meluat dengan Ameera, tak kurang ada yang menyentuh kejayaan Neelofa yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam SPM pada tahun 2006.

Malah, ada yang berpendapat kenyataan kurang cerdik itu berpunca dari sikapnya yang tidak gemar membaca buku berdasarkan sebuah video yang menjadi tular baru-baru ini. 

Tak cukup dengan itu, segelintir netizen menasihati Ameera agar berhenti melakukan perkara yang dapat memberi kesan negatif terhadap ibu bapanya.

Ameera juga didakwa masih muda, tidak mempunyai pendapatan sendiri dan masih bergantung kepada kakak dan keluarganya.

Untuk makluman, sekolah antarabangsa mene­­­­­tap­kan pelajarnya untuk menduduki IGCSE, bukan SPM.

Namun, difahamkan kini terdapat sekolah antarabangsa di Malaysia yang mewujudkan sistem seperti sekolah biasa yang mengkehendaki pelajarnya mengambil SPM. 

Sumber berita:

1. myartis.com

2. Twitter Ameera Khan   


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)