Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Aktres Datin Diana Danielle tampil dengan potongan rambut pendek selepas kontroversi suaminya, Datuk Farid Kamil 'menghantui' dunia hiburan beberapa hari lalu.

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 27, menayangkan imej terbaharunya itu sewaktu raptai perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor. 

selepas isu farid kamil diana danielle tukar imej 3

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

"Abang dah makan. Sayang?," selorohnya dalam sebuah kiriman foto Instagram.

Malah, pelakon Kami Histeria ini turut membuka semula ruangan komen di laman sosial itu selepas beberapa hari ditutup sebelum ini.

Sementara itu, rata-rata netizen mengakui penampilan terkini Diana nampak lebih segar dan muda.

"Sekali pandang macam Sofea Jane. Nampak muda remaja.

"Alamak sis, kacak teruk lah rambut pendek. Apapun, selamat berjaya," komen beberapa peminat.

Tak kurang, ada yang menggunakan ruang itu untuk menaikkan semula semangat Diana selepas isu yang melanda suaminya sebelum ini.

"Semoga tabah hadapi ujian yang melanda keluarga anda sekarang. Semoga rahmatnya sentiasa mengiringi anda dan keluarga.

"Moga berjaya Didie, jangan campurkan urusan peribadi dan kerja ya. Hidup ini mesti diteruskan," tulis beberapa netizen.

Dalam masa sama, aktres Janna Nick turut memuatkan aksi lucu Diana di Insta Story.

"Abang Didie...," sakat Janna.

Kiriman tersebut mendapat tumpuan ramai, malah ada yang berkongsi semula rakaman berkenaan di laman sosial.

selepas isu farid kamil diana danielle tukar imej 2

Kredit foto: Astro Gempak

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)