Kredit foto: Kosmo Online

Terpancar riak wajah gembira pada aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, sejurus melihat isterinya, Datin Diana Danielle, turut berada di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, hari ini.

Farid berkata, kehadiran Diana sememangnya amat dinantikan tatkala dia diduga ujian getir sebegini.

Malah beliau turut merakamkan kerinduan terhadap anak-anak yang tidak muncul saat itu.

"Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.

"Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana," katanya sewaktu dihantar ke bilik reman. 

Ini adalah kemunculan pertama Diana ke mahkamah menjenguk Farid selepas dua kali aktor itu ke sana sejak ditahan Khamis lalu.

Sehingga kini, Farid sudah lima hari direman sejak Jumaat.

Beliau sebelum ini terlibat dalam kes serangan terhadap seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Sumber berita: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)