Kredit foto: The Star

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu".

Demikian ulasan ringkas aktor Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan menjawab pertanyaan tentang status hubungannya dengan Datuk Farid Kamil.

Beliau melihat kejadian yang berlaku baru-baru ini sebagai ujian dari ALLAH.

"Ini ujian ALLAH dan kita semua insan yang lemah. Tiada komen," katanya kepada pihak media sewaktu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu pelakon Rock Bro ini dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.10 pagi dan keluar pada jam 11.40 pagi menuju ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

Sebelum ini, beliau ditahan reman selama tiga hari selepas didapati positif dadah jenis ganja, ketika memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Lanjutan itu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)