Oleh pada 14 Jul 2018 kategori

farid kamil cuba hubunginya ini tindakan sofi jikan 1

Kredit foto: Instagram Sofi Jikan & Instagram Farid Kamil

Pelakon dan pengarah, Sofi Jikan mendedahkan hubungannya dengan Datuk Farid Kamil masih bermasalah sehingga sekarang hingga beliau enggan bertentang mata dengannya.

Meskipun pelakon filem Lagenda Budak Setan dan Tombiruo itu ada melakukan percubaan menghubunginya, namun Sofi berkata, dia tidak berminat melayan kerana masih terkesan dengan laporan polis yang dibuat pada 31 Januari lalu.

Harapan mendekatkan dua bekas sahabat baik ini juga diusahakan oleh beberapa teman rapat.

"Diakui ada beberapa rakan ingin pertemukan kami, tetapi saya tidak berminat. Malah Farid juga ada menghubunginya tetapi tidak dijawab," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu. Sofi ditahan polis serta terpalit isu penyalahgunaan dadah selain didakwa menjadi antara individu yang menganiaya Farid.

Sofi berkata, apa dilakukan suami pelakon, Datin Diana Danielle itu sukar dilupakan sepenuhnya.

farid kamil cuba hubunginya ini tindakan sofi jikan 2

Kredit foto: Instagram Sofi Jikan

"Terus terang, saya masih belum boleh terima apa yang dia lakukan terhadap saya," katanya.

Lagi pula, Sofi mendakwa, peristiwa itu memberi kesan kepada kehidupannya secara menyeluruh.

"Saya masih tidak percaya dia sanggup melakukan seperti ini. Disebabkan tindakannya, saya hilang segalanya," katanya.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)