sofi jikan ditahan polis

Kredit foto: ammboi.com

Aktor dan sutradara Sofi Jikan ditahan polis selepas didapati positif ganja, malam tadi.

Menerusi laporan sebuah portal tempatan, Sofi diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas beliau memberi keterangan susulan laporan polis dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Sofi bakal dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk menerima perintah reman.

Terdahulu, Farid mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis apabila minumannya dicemarkan dengan dadah, dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Tiga rakan artis yang dimaksudkan adalah pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)