identiti dua lagi rakan artis beri dadah pada farid kamil didedahkan

Kredit foto: Mstar

Akhirnya teka-teki identiti dua rakan selebriti yang didakwa memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil terjawab apabila pihak polis menggesa dua individu itu segera menyerah diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat kepada Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untur hadir membantu siasatan.

Taj merupakan ahli kumpulan Innuendo yang pernah mencipta populariti sekitar tahun 1990-an dan terkenal menerusi lagu Belaian Jiwa.

"Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

"Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat," katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, Farid mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis apabila minumannya dicemarkan dengan dadah, dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, 31 Januari lalu.

Pada Selasa, aktor Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara, jam 11 malam kerana didapati positif ganja, selepas terlebih dahulu memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat Farid. 

Keesokannya, Sofi ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Kes beliau disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Sumber berita: Sinar Harian & Mstar


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)