Selama hampir 3 tahun semenjak tahun 2012, sebuah kawasan perkampungan di Kazakhstan bernama Kalachi telah dibelenggu sejenis penyakit misteri. Ianya sungguh misteri namun sekitar tahun 2015 para saintis percaya sudah dapat merungkai rahsia yang menyebabkan penyakit ini.

Digelar "Sleep Hollow", penyakit misteri ini akan menyebabkan seseorang penduduk ini tiba-tiba akan tidur dalam tempoh yang sangat panjang. Sekiranya manusia biasa hanya mampu tidur secara purata selama 6 ke 8 jam, pesakit yang dijangkiti penyakit ini pula akan tidur selama 1 hingga ke 2 hari. Malah ada yang lebih lama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

tidur sleep hollow tidur mati

Pada awalnya, para doktor juga musykil apa sebenarnya yang berlaku memandangkan kejadian seperti ini tidak pernah terjadi di tempat. Lebih menarik, pesakit ini hanya tertumpu di bandar ini sahaja.

Menurut rekod, sejak tahun 2012 dikatakan hampir 160 orang penduduk kampung tersebut dijangkiti penyakit misteri ini. Peratusan penduduk yang mengalami penyakit pelik ini dianggap tinggi memandangkan populasi penduduk disini hanyalah sekitar 810 dimana majoritinya berasal dari Russia dan Jerman.

Simptom pesakit Sleep Hollow

sleep hollow

Penyakit misteri ini bukan hanya menjangkiti orang dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak terkecuali. Pesakit biasanya akan mengalami simptom biasa seperti lemah tubuh badan, sakit kepala dan hilang daya ingatan.

Namun, ianya juga mampu menyebabkan perkara ekstrim seperti halusinasi yang sangat dahsyat. Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan dapat melihat belalai gajah pada emaknya sementara seorang kanak-kanak lelaki juga membayangkan seolah-olah terdapat kuda dan mentol lampu terbang dan mengelilingi dirinya.

Bagi orang lelaki dewasa pula, ada antara mereka yang secara tiba-tiba mempunyai keinginan seksual yang melampau. Sebagai contoh, setelah bangun dari tidur yang panjang, kemaluan mereka mengalami ereksi dalam tempoh yang panjang adakalanya sehingga sebulan lamanya.

Mereka ini akan berjalan bermundar-mandir di kawasan kampung dalam keadaan separa sedar tersebut sehingga mewujudkan perasaan malu dan tidak senang dalam kalangan wanita terutamanya jururawat wanita yang merawat mereka.

Kewujudan pelbagai teori

bahaya radioaktif

Pada peringkat awal, terdapat pelbagai tanggapan dan teori yang wujud akibat kejadian yang sangat aneh ini. Terdapat pihak yang mendakwa mereka telah dijadikan bahan kajian untuk sebuah ujian sulit yang dilakukan oleh kerajaan atau wujudnya sejenis virus misteri yang tidak pernah wujud dimana-mana tempat lain di dunia.

Selain itu, terdapat teori yang mengatakan penduduk telah meminum vodka tiruan yang mungkin mengandungi bahan kimia terlarang. Walau bagaimanapun, pendapat paling popular adalah kewujudan bekas lombong uranium berdekatan kampung tersebut yang telah ditutup setelah kekalahan Soviet Union.

Kementerian kesihatan Kazakhstan juga telah membuat ujian ke atas rumah di kawasan berdekatan untuk mengetahui kadar radiasi yang ada di kawasan tersebut. Walaupun terdapat beberapa buah rumah yang mencatatkan kadar bacaan radiasi daripada uranium, ianya belum cukup kuat untuk membuat konklusi ia adalah penyebab kejadian pelik ini.

Misteri terungkai

lombong uranium 884

Bagi merungkai misteri ini, pihak kerajaan Kazakhstan telah menubuhkan satu pasukan khas yang ditugaskan untuk mencari punca yang menyebabkan fenomena pelik ini.

Kajian awal yang dilakukan oleh pasukan khas ini membuat penemuan awal yang mengejutkan. Menerusi kajian yang dibuat, kawasan ini mengandungi kadar gas karbon monoksida yang sangat tinggi. Selain itu, kajian terhadap kandungan hidrokarbon juga menunjukkan bacaan yang luar biasa.

Kewujudan karbon monoksida yang tinggi dalam udara akan mengurangkan peratusan oxygen dalam udara yang kita sedut. Apabila udara ini disedut, ianya akan masuk ke dalam darah dan dibawa oleh hemoglobin, termasuklah kandungan karbon monoksida yang tinggi yang wujud di kawasan ini.

Kekurangan padar peratusan oksigen inilah yang menyebabkan penduduk akan berasa sangat mengantuk, pening kepala, lemah tubuh badan dan sebagainya.

bandar tinggalan

Kajian lain yang dibuat oleh sekumpulan pakar bebas dari Prague dan Moscow pula mendapati bahawa kawasan ini mempunyai kadar karbon dioksida 10 kali ganda lebih tinggi daripada kawasan lain.

Sementara itu, seorang saintis Russia, Leonid Rikhvanov pula menyatakan kewujudan uranium menyebabkan kejadian pelik ini. Walaupun kadar radiasi adalah rendah, namun uranium ini mungkin telah meresap ke dalam tanah dan mencemarkan air yang diminum oleh penduduk kampung ini seterusnya menyebabkan pelbagai simptom pelik yang dialami mereka.

Kejadian misteri ini dianggap telah selesai dan kerajaan juga telah berusaha memindahkan kesemua penduduk di kampung ini ke kawasan baru. Mereka turut diberikan pampasan kewangan agar dapat memulakan hidup di kawasan baru.

  1. The Guardian
  2. Daily Mail
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)