Kredit: Instagram @ctdk & Instagram @galeriariani

Semalam, Dato' Sri Siti Nurhaliza memuatnaik foto terkininya yang kembali langsing selepas lebih dua minggu selamat melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

"Alhamdullillah, hari ini hari ke-15 ibu (Siti Nurhaliza) dan Siti Aafiyah selepas bersalin. Dato’ Dr. Vernon (bayi) dan Datin Dr Suhaiza (ibu) gembira dengan perkembangan kami berdua.

"Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram sebab berjaga dan Aafiyah kuat minum susu ibu. Terima kasih anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah," tulisnya di ruangan kapsyen.

siti nurhaliza susut 14 kilogram dalam 2 minggu 1

Kredit foto: Instagram @ctdk

Ruangan komen turut dibanjiri dengan pujian oleh para netizen terhadap pencapaiannya itu.

"Ibu nampak macam budak sekolah lepas bersalin, makin comel," tulis @akieha.

"Selepas berpantang terus urut dan jaga badan supaya tak kembali berisi. Insya-Allah #pakarurutanwanita," tulis @cfeedah.

"Suka tengok Dato' Siti berpantang. Baju lengan panjang, berstokin, tertutup semua. Amalan orang tua dulu-dulu," tulis @puteribridal.

"Kurusnya Dato' Siti. Macam muka masa remaja dulu. Teringat lagu Jerat Percintaa n," tulis @mrs.aida2907.

"Saya pun perasan yang pipi Dato' Siti dah kecut. Bolehlah pakai kebaya cun-cun selepas ini," tulis @qshafik.

siti nurhaliza susut 14 kilogram dalam 2 minggu 2

Kredit foto: Instagram @ctdk

Sumber:

1. Forum CARI

2. Instagram Siti Nurhaliza Tarudin




Hakcipta iluminasi.com (2017)