Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui pernah melalui aksi pergaduhan ketika di zaman persekolahannya.

Siti berkata, angkara marahkan seorang budak lelaki yang menggelarkan dirinya 'bohsia', remaja nakal itu dikejarnya sehingga dapat.

“Pernah Gaduh! Saya gaduh dengan seorang budak ini, sebab dia suka panggil saya 'bohsia'.

"Sewaktu itu saya baru tingkatan tiga dan semua pelajar perempuan akan dipanggil dengan gelaran 'bohsia' oleh budak lelaki itu.

"Kerana kenakalan budak itu, saya kejar dia satu sekolah sampai dapat," dedahnya. 

Siti mengulas sebagai menjawab pertanyaan Fara Fauzana dalam Dbilique, sebuah program berkonsepkan konti rumah dan disiarkan menerusi aplikasi 'Facebook Live'.

Episod Rabu lalu menjadikan Siti sebagai tetamu undangan segmen 'Artis Masuk Bilik' dalam siaran yang dibawakan secara langsung dari sebuah rumah yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.

Dalam pada itu, ketika ditanya Fara sama ada remaja itu dibelasah teruk olehnya, Siti tanpa berselindung menjawab:

siti nurhaliza mengaku pernah belasah orang ini pendedahannya 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

“Ya, saya minta maaf kepada budak nakal itu kerana dibelasah oleh saya. Saya pasti budak itu pasti ingat lagi peristiwa ini".

Dbilique antara lain turut menampilkan Faizal Ismail selaku hos bersama dan boleh ditonton di Facebook rasmi Faizal Ismail FBI.

Sumber berita: Hangat.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)