Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta puteri mereka, Siti Aafiyah mencuri tumpuan ramai apabila hadir mengunjungi beberapa kediaman pemimpin negara bersempena dengan sambutan Syawal, sebagaimana dikongsi di laman Instagram @ctdk.
Selepas berkunjung ke rumah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, Siti dilihat menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
“Alhamdulilah berpeluang menziarahi dan beraya bersama YB TPM dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insan yang tabah dengan dugaan,” tulisnya di kapsyen entri.
Teruja melihat beberapa ikon negara ini bertemu, foto dengan tanda pagar #ziarahraya dicipta Siti itu mendapat lebih 94,000 'likes' selain dihujani lebih 200 komen para pengikut.
Siri entri perkongsian Siti diteruskan apabila penyanyi yang popular dengan lagu Nazam Lebaran itu menyambung kunjungan ke rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Istimewanya, momen rakaman foto itu menyaksikan Aafiyah bertemu kenalan baharu.
Sementara itu, Azmin menerusi laman Instagramnya merakamkan penghargaan kepada Siti atas kesudian menyambut Aidilfitri bersama.