Situasi 1 : Anda baru nak letak kepala dan nak tidur, tiba-tiba bayi anda menangis dan meragam. Untuk mendiamkan bayi anda, anda mengangkat dan kemudiannya menggoyangkan atau menggoncangkan badan bayi.
Situasi 2 : Anda, rakan atau ahli keluarga sedang bermain dengan bayi anda. Melihat telatah yang sangat comel dan kelakar, bayi anda diangkat dan badannya digoyang-goyangkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Ramai orang yang tidak tahu apa yang berlaku kepada anggota badan bayi ketika ketika badan mereka digoyang atau digoncang.
Shaken Baby Syndrome
Seperti tengkorak bayi, otak mereka yang masih "muda" dan "baru" juga adalah tersangat lembut berbanding otak orang dewasa. Ketika badan bayi digoyang-goyang atau digoncangkan dengan kasar, otak mereka juga turut akan bergerak dan bergoncang.
Kredit : epainassist.com
Ia adalah satu sindrom bayi digoncang, atau nama Abusive Head Trauma, yang merupakan satu masalah kesihatan yang sangat serius dimana berlakunya kecederaan serius pada otak bayi akibat daripada penggoncangan badan bayi dengan kasar yang memaksa otak mereka untuk bergerak.
Bagi bayi yang baru lahir, tisu penyambung dan struktur tulang pada badan bayi masih belum cukup berkembang untuk memberikan perlindungan kepada diri mereka, menyebabkan mereka terdedah kepada kecederaan jika tidak dikendalikan dengan lembut dan baik.
Ketika badan mereka tergoncang secara paksa, otak bayi yang lembut akan bergerak dan menghentak tengkorak kepala. Saluran darah kecil di antara otak dan tengkorak akan terkoyak menyebabkan pendarahan dalaman berlaku.
Pendarahan tersebut akan mengalir dan masuk ke dalam mata. Darah tersebut juga akan menyebabkan berlakunya darah beku dan menekan otak yang boleh mengakibatkan otak membengkak.
Otot leher bayi yang masih tidak kuat juga tak mampu menahan goncangan tersebut, dan tulang belakang bayi boleh merosakkan dan menghancurkan saraf tunjang bayi.
Kecederaan serius ini akan boleh mengakibatkan bayi menjadi terencat, kerosakan pada otak, lumpuh, buta, pekak dan juga mati.
Nasihat
Jadi para ibu dan bapa sangat dinasihatkan untuk mengendalikan bayi-bayi yang baru lahir dengan lebih berhati-hati. Dan pantau orang lain yang ingin mendukung atau bermain-main dengan bayi anda, kerana jika ia berlaku, sudah tak berguna lagi.
Rujukan :
2. Ispcan
3. Mayo Clinic