Oleh pada 06 Apr 2018 kategori

Dilahirkan celik adalah antara satu augerah terbesar, tetapi dilahirkan buta juga mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka yang mempunyai kecacatan penglihatan mempunyai kelebihan yang tak ada pada orang celik.

Antaranya adalah individu cacat penglihatan dikatakan mempunyai gerak hati yang lebih kuat berbanding orang celik. Disebabkan tidak mampu melihat, mereka bergantung kepada gerak hati 100% membuatkan ianya sangat peka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, di ketika orang ramai menyangkakan orang buta tidak dapat melihat, kita sebenarnya salah. iluminasi.com ingin 5 perkara yang anda tak tahu mampu dilihat oleh orang buta.

1. Warna

5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta 2

Walaupun orang yang buta sejak lahir mungkin tidak melihat apa-apa, namun orang yang buta ketika selepas beberapa ketika melihat dunia boleh melihat beberapa perkara, seperti warna.

Damon Rose, seorang wartawan BBC yang telah menjadi buta selepas menjalani pembedahan 31 tahun yang lalu. Namun, kini beliau masih mampu melihat warna. Malah, beliau melihat warna yang baginya, sangat mengganggu. 

damon rose 5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta

Dalam artikel tulisannya untuk BBC, Damon memberitahu bahawa warna seperti cahaya datang dalam pelbagai bentuk, dan juga berubah dengan begitu cepat. Kadang-kadang, sesuatu warna mempunyai warna lain sebagai latar belakang.

Apa yang menarik, Damon memberitahu satu-satunya benda yang beliau tak pernah lihat, adalah kegelapan, dan itulah yang paling dirindukan.

2. Pergerakan

5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta 3

Milenna Channing yang dilahirkan celik, telah mengalami strok yang begitu teruk pada usia 29 tahun dan menyebabkannya menjadi buta. Dia berangappan bahawa dia telah kehilangan penglihatannya selama-lamanya, sehinggalah Milenna terlihat air bergerak ketika memandikan anaknya.

Milenna memaklumkan perkara itu kepada doktornya, yang menyangka dia berhalusinasi dan berkata dia buta dan tak dapat melihat. Milenna walaubagaimanapun tidak mempercayai kata-kata doktonya.

milenna channing 5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta

Milenna kemudiannya menyedari bahawa beliau dapat melihat hujan turung, wap pada air panas, dan pergerakan rambut anaknya. Namun, itu sahaja yang mampu dilihat Milenna. Doktor kemudiannya menjelaskan bahawa Milenna mengalami "Fenomena Riddoch" yaag menyebabkan orang buta melihat pergerakan objek.

3. Mimpi buruk

5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta 2

Mimpi buruk seringkali merupakan hasil kepada tekanan dan emosi yang kita alami ketika sedar. Dan menurut kajian yang dijalankan oleh Danish Center for Sleep Medicine, orang buta mampu cenderung untuk mengalami mimpi buruk 4 kali lebih banyak berbanding orang biasa kerana mereka mengalami lebih tekanan dan emosi ketika sedar.

Kajian itu dilakukan dengan menganalisa mimpi 50 peserta, terdiri daripada 25 peserta buta, dan 25 peserta celik. 11 daripada peserta buta sejak lahir dan 14 lagi dilahirkan celik namun menjadi buta kemudiaanya.

Hasil kajian itu menunjukkan, individu dilahirkan buta mengalami mimpi buruk 25% daripada biasa. Namun, mimpi buruk dialami oleh celik yang buta kemudiannya hanyalah 7% dan 6% bagi orang celik.

4. Ekspesi wajah

5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta 4

Biasanya, manusia mengalami penularan emosi, iaitu fenomena seseorang bertindakbaalas terhadap ekspersi wajah atau tingkah laku orang lain di sekeliling. Sebagai contoh, seseorang itu senyum kerana melihat orang lain senyum, dan menguap jika terlihat orang lain menguap.

Perkara ini juga berlaku terhadap orang buta. Mereka mungkin tak dapat melihat wajah anda, namun mereka mampu mengesan ekspersi wajah anda dan bertindak balas dengan sewajarnya.

5. Cahaya

5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta 5

Pada tahun 1923, seorang pelajar Universiti Harvard, Clyde Keeler, telah mendapati bahawa anak mata tikut mengecil ketika terlihat cahaya. Ketika itu, manusia sudah mengetahui bahawa manusia dan tikus mengesan cahaya menggunakan dua fotoreseptor yang dikenaali sebagai fotoreseptor retina terletak dalam retina.

Namun, dalam kes tikus tersebut, fotoreseptornya tidak sepatutnya aktif kerana tikus itu buta. Clyde kemudiannya menyedari bahawa manusia dan tikus mempunyai fotoreseptor ketiga yang dikenali sebagai "sel ganglion retina sensitif fotogenik" (ipRGCs).

clyde keeler 5 perkara yang mampu dilihat oleh orang buta 4

Berbeza dengan fotoreseptor retina yang menghantar maklumat mengenai cahaya kepada bahagian otak yang memproses imej untuk menghasilkan apa yang kita panggil penglihatan, ipRGCs menghantar maklumat kepada bahagian otak yang lain tetapi tidak menyumbang kepada penglihatan.

Rujukan:

1. NPR

2. Daily

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)