Sumber foto: kualalumpurpost.net
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhasil membuka rahsia kegiatan penjualan kad pengenalan palsu berjumlah sehingga RM60,000 sekeping dengan memberkas 2 rakyat tempatan berserta seorang wanita.
Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohamad Razin Abdullah, suspek lelaki ditangkap di daerah Tawau dan wanita itu pula ditahan di kediamannya menerusi sebuah operasi khas di Batu 2 di Sandakan kelmarin.
"Kedua-dua suspek disyaki bergiat aktif menjual kad pengenalan palsu kepada warga Pakistan, Filipina dan Indonesia bagi membolehkan mereka mencari pekerjaan.
"Hasil siasatan awal mendapati dokumen palsu itu dijual pada harga antara RM30,000 hingga RM60,000 khususnya warga Pakistan yang terdesak untuk bekerja di Semenanjung," ujarnya.
Pengarah JPN Sabah, Datuk Ismail Ahmad dan Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim juga datang di sidang media berkenaan semalam.
Jelas beliau, hasil operasi yang dilakukan di sebuah rumah sekitar pukul 2 pagi, pasukan operasi juga menjumpai banyak dokumen palsu seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil nikah.
Suspek lelaki tersebut diberkas menerusi operasi berlainan di Tawau pada Jumaat lepas dan telah didakwa di mahkamah.
Sumber berita: Kosmo Online