Kredit foto: Instagram Fazura

Aktres Fazura menawarkan RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya mencari kucing kesayangannya, Jem.

Difahamkan, isteri kepada aktor Fattah Amin ini mula menyedari kehilangan haiwan peliharaan itu sejak beberapa minggu lalu.

Beliau menghebahkan tawaran berkenaan menerusi kiriman Insta Storynya.

"Masih hilang! Tolong cari kucing saya, kali terakhir kelihatan di Parkville Sunway Damansara. RM1,000 ganjaran menanti anda," tulisnya.

siapa jumpa jem fazura beri rm1 000 2

Kredit foto: Instagram Fazura

Tambah Fazura, kucing peliharaan itu merupakan haiwan kesayangan keluarga yang juga hilang di kediaman mereka.

Dalam pada itu, Fazura memberitahu, dia terpaksa menggunakan media sosial sebagai medium untuk menghebahkan berita berkenaan kerana kawasan tempat tinggalnya tidak membenarkan mereka menampal poster untuk mencari kucing itu.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Fazura melalui mesej peribadi Instagram.

"Kami sayang Jem dan sangat merinduinya," tulisnya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)