Kredit foto: lollipop.sg 

Pelakon Noorkumalasari akhirnya berasa lega kerana adiknya, Anita Sarawak telahpun menghubungi keluarga mereka baru-baru ini.

Menurut Noor, Anita kini berada dalam keadaan baik dan sedang mengembara ke beberapa negara bersama suaminya.

noorkumalasari dedah keadaan terkini anita sarawak 2

Kredit foto: lollipop.sg

Kak Nita (Anita Sarawak) ada hubungi kakak saya dan memberitahu dia sihat bersama suaminya iaitu abang Mahadir. Dia kini banyak travel dari sebuah negara ke sebuah negara kerana mengikut suaminya yang bekerja. Saya harap dengan perkhabaran terbaru ini, orang tidak akan bertanya lagi di mana Anita Sarawak.

Sumber: Astro Gempak

Bagaimanapun Noor akui jauh di sudut hatinya, dia ingin adiknya itu menghubungi dirinya terus. Noor gusar sekiranya Anita pernah berkecil hati kerana Anita tidak lagi berhubung dengannya kebelakangan ini.

Saya amat merinduinya, sebelum ini walaupun dia jauh dia selalu menghubungi saya dan berkongsi ceritanya. Tapi kini tiada lagi panggilan daripadanya. Jika saya berpeluang berjumpa dengannya, saya berharap dapat memeluk dia dan dapat melihat dia sihat di depan mata sudah cukup bersyukur buat saya. Saya harap dia kembalilah dan lupakan sengketa. Saya ingin sangat meminta maaf jika saya ada salah silap yang telah melukakan hatinya.

Sumber: Astro Gempak 

noorkumalasari dedah keadaan terkini anita sarawak 3 394

Kredit foto: merdeka-online.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)