Kredit foto: Instagram Sheila Mambo
Pelakon Sheila Mambo akui terkejut dengan berita palsu yang mengatakan beliau telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu membuat penghantaran pulut kuning di Kuala Lumpur, baru baru ini.
Bercerita lanjut, Sheila menjelaskan kemalangan yang berlaku itu hanyalah insiden kecil dan melibatkan kerosakan cermin sisi sahaja.
Ekoran itu, beliau dikunjungi panggilan ahli keluarga yang inginkan pengesahan berita tersebut.
"Terkejut berita ini menular. Pagi pagi lagi keluarga, ibu dan ayah saudara menghubungi dan menghantar mesej pesanan ringkas. Ada juga yang sampai di depan pintu untuk memastikan kesahihan berita.
"MashaAllah, saya sihat dan Alhamdulillah. Cuma sikit jer kemalangan. Yang rosak cuma cermin sisi.
“Saya sendiri yang kongsikan di Facebook (Fb) namun ada cerita 'budi dan hati' di sebalik kejadian," katanya.
Sheila hanya menyedari penularan berita tidak sahih itu semalam.
Dalam pada itu, beliau sedia memaafkan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkenaan.
Terdahulu iaitu pada lima hari lalu, pelakon berusia 55 tahun ini terlibat dalam kemalangan pada jam 1 petang di Bangsar ketika dalam perjalanan menghantar pulut kuning kepada pelanggan.
Sumber berita: Harian Metro