inilah penjelasan david teo didakwa biadab dengan perdana menteri

Kredit foto: freemalaysiatoday.com

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan sesi program 'Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni' yang menyaksikan penerbit filem terkenal, David Teo diserang pelawak Mat Over kerana didakwa bersikap biadab terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, David Teo menafikan perkara tersebut kerana telah pun diberi keizinan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk bercakap sebelum cuba mengajukan soalan kepada beliau.

Bukan niat saya untuk bersikap biadab kepada perdana menteri. Saya cuma beritahu Rosyam sebahagian peserta tidak diberikan peluang yang sama untuk bercakap. Saya belum bercakap dengan perdana menteri. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Bagaimana saya dikatakan biadab dengan perdana menteri?

Sumber lain turut menyatakan David kurang setuju dengan cara Datuk Rosyam Nor mengendalikan majlis itu sebagai moderator sebelum Mat Over bertindak menyerangnya dari tempat duduk penonton lalu menamparnya.

Sumber video: Youtube estrellas computer 

Sumber: Malay Mail Online & beautifulnara.com


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)