Oleh pada 04 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Intan Zabidin

Kontroversi hangat pada tahun lalu tidak menghalang penyanyi Shahir Zawawi untuk kekal berhubungan dengan aktres popular, Erra Fazira.

Ini dibuktikan menerusi kelibat kemunculannya dalam majlis hari lahir anak Erra, Engku Aleesya, 9, yang lahir pada 30 Mac 2009.

selepas hilang shahir muncul semula 2

Kredit foto: Instagram Intan Zabidin

Dalam paparan foto-foto yang menjadi tular itu, Shahir kelihatan sedang duduk di sebelah Erra ketika makan bersama rakan-rakan yang lain di sebuah restoran makanan Jepun.

Foto berkenaan dikongsi oleh bekas Editor Media Hiburan, Intan Zabidin menerusi akaun Instagramnya.

selepas hilang shahir muncul semula 3

Kredit foto: Instagram Intan Zabidin

Tahun lalu menyaksikan khabar angin bertiup kencang mengatakan Shahir bakal bertunang atau mengahwini Erra pada 9 Februari ini, namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Erra.

Namun, gosip antara mereka semakin dilupakan peminat sehinggalah tersebarnya foto-foto terbaru ini yang seolah menandakan kemunculan semula Shahir. 

Adakah ini menjadi titik permulaan kehadiran Shahir bagi mewarnai semula dunia hiburan? Kita nantikan perkembangannya nanti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)