Topik Multi Level Marketing (MLM) atau program penipuan wang yang membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit adalah berita biasa yang kita dengar setiap tahun. Selepas satu program tumpas, ada sahaja program baru yang akan muncul. Nama programnya mungkin berbeza, tapi modus operandinya hampir sama.
Walaupun kes penipuan wang ini biasanya diuar-uarkan di televisyen dan media sosial, setiap tahun ada sahaja yang akan menjadi mangsa. Tidak kira golongan muda yang celik IT ataupun golongan tua di kampung-kampung yang jauh daripada info semasa, program-program penipuan dan scam ini bijak mengaburi bakal peserta dengan menjanjikan pulangan yang lumayan daripada pelaburan yang dibuat.
BESARKAN TEKS A- A+
Kredit: Mynewshub
Bagi yang kesempitan wang dan terdesak, sudah tentu program seperti ini dilihat sebagai jalan pintas bagi keluar daripada kemelut yang dihadapi. Berikut merupakan senarai terbaru 27 program yang disyaki mempunyai ciri-ciri penipuan wang. Senarai ini dikeluarkan oleh pihak polis berdasarkan laporan-laporan yang telah dibuat oleh mangsa.
- JJPTR
- Mface / MBI
- Bit Coin - Bit Kingdom
- Mekah Islamic Hotel
- Gm Friday
- Monspace
- Mgcfx
- Pelaburan Emas Pegasus Bullion
- Richway
- Pelaburan Emas Tok Belagak
- Pelaburan Emas Royal Gold
- Venus FX
- Crude Palm Oil Investment
- Highway Group Resources
- Aam Academy
- Kongsi Makan
- Celoreng Mindef
- Federal Reserve Chichago Bond
- Century Dynasty
- Exorbitence Influence Sdn. Bhd.
- Global Tuari
- Sunner Group
- Dbi Housing Scheme
- Bit Coun - Al Mubin Agarwood
- Dato Dave (Aero Asia Holding)
- Focus Capital Growth
- RJB Empire Group
Berikut merupakan jumlah laporan yang diterima polis, anggaran mangsa terlibat dan anggaran kerugian yang dialami.
Program Mengikut Trend
Pada awalnya, kemunculan program MLM dan scam di Malaysia bersifat umum. Kebanyakannya hanya mengajak mangsa melabur dalam perniagaan mereka dan menjanjikan keuntungan berlipat-lipat kali ganda.
Walaupun tidak jelas barang yang diniagakan, setiap peserta dijanjikan keuntungan tertentu. Bagi yang sudah melabur, mereka dipaksa pula mencari downline sekiranya mahu kaya seperti leader mereka.
Daripada senarai terbaru yang dikeluarkan ini, didapati program-progam penipuan wang ini juga boleh dikatakan kreatif kerana bijak mengambil kesempatan memperkenalkan program berdasarkan isu-isu semasa. Sebagai contoh, beberapa tahun kebelakangan lepas, ramai orang mula melabur dalam emas kerana dikatakan harga emas lebih kukuh dan lebih menguntungkan. Maka, lahirlah program-program seperti Pelaburan Emas Tok Belagak dan Pelaburan Emas Pegasus Bullion.
Kini, isu harga rumah yang terlalu mahal sedang hangat diperkatakan. Maka, lahirlah program seperti DBI Properties dan program lain seumpamanya yang menawarkan rumah pada harga yang tidak masuk akal. Kasihan melihat golongan makcik dan pakcik yang sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk melabur dalam program seperti ini kerana mahu membeli rumah tetapi tidak mendapat apa yang diimpikan.
Selain itu juga, sejak kebelakangan ini isu cryptocurrency sering diperkatakan di media masa. Maka lahirlah program berasaskan pelaburan cryptocurrency ini seperti Bit Coin - Bit Kingdom dan Bit Coin - Al Mubin Agarwood.
Langkah Asas Mengenali Program Scam
1. Too good to be true - Gunakan logik fikiran anda. Sekiranya sesuatu pelaburan itu menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal serta hanya perkara yang indah-indah sahaja, maka elakkan.
2. Menjanjikan keuntungan semata-mata - Tiada pelaburan di dunia ini yang tidak mempunyai risiko. Apabila terdapatnya risiko, maka terdapat kebarangkalian pelaburan tersebut akan mencatatkan kerugian. Sekiranya ada program yang menjanjikan keuntungan wang atau peratusan tertentu dan tiada kerugian, elakkan.
3. Pencarian Downline - Setiap perniagaan mencatatkan keuntungan melalui jualanan barangan atau servis yang ditawarkan. Sekiranya program tersebut mewajibkan anda mencari downline sekiranya hendak untung, ianya adalah program MLM. Elakkan.
Kredit: