selepas dedah bayi mungkin sumbing ini perkembangan terkini anak lan solo dan sheila

Kredit foto: Instagram Lan Solo

Isteri Lan Solo, Sheila pernah mendedahkan tentang bayi yang bakal dilahirkannya berkemungkinan akan mengalami masalah sumbing.

Begitupun, pasangan ini sentiasa menunjukkan sikap positif, di samping meminta para peminat mendoakan agar proses kelahiran berjalan dengan baik.

Semalam, Sheila tampil bersama kiriman Instagram terbaru yang memaparkan foto imbasan kandungannya yang kini sudah mencecah usia 33 minggu berserta perkembangan terkini oleh doktor.

“Memang sah dan pasti, baby kami sumbing. Cuma tak pasti sumbing bibir sahaja atau sumbing palate sekali. Dan, ukuran sumbing pun sangat kecil, 0.33cm sahaja. Masih comel!

“Semua itu tak penting, yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kesihatan bayi and mak,” luahnya.

Tidak sekadar itu, Sheila mendedahkan jantina zuriat ketiganya ini adalah seorang bayi perempuan.

Di kesempatan sama, beliau memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang turut dikurniakan anak istimewa.

“Kepada ibu dan bapa di luar sana, kita perlu bangga bila dapat anugerah bayi istimewa ini dari Allah.

“Allah bagi kita pendapatan tambahan untuk kita tambah pahala. Sebab? Diuji kesabaran kita, pahala. Diumpat, pahala. Dikeji, pahala,” tulisnya.

Sheila dijadualkan bersalin pada Mac ini.

selepas dedah bayi mungkin sumbing ini perkembangan terkini anak lan solo dan sheila 2

Kredit foto: Instagram Sheila Razlan

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)