Oleh pada 10 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Youtube Erra Fazira VEVO

    

Penyanyi Erra Fazira menafikan pembabitan Shahir Zawawi dalam video muzik single terbaharunya, Menangkah Cinta sebagai gimik murahan.

Fazira Wan Chek, 45, bagaimanapun berkata, beliau yang awalnya memilih Datuk Awie, akhirnya bertukar fikiran selepas melalui proses perbincangan dan mendapat kata sepakat daripada semua pihak.

"Saya dan semua team nak cari model untuk video klip itu yang sudah dikenali. Jadi, ada beberapa nama dicalonkan seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.

"Tapi nama Shahir terpilih selepas mendapat kata sepakat, bukan atas persetujuan saya seorang. Bukan strategi yang dirancang untuk dijadikan gimik murahan.

"Kalau ikutkan, saya memang nak Awie sebab tahun hadapan kami ada projek istimewa bersama tapi jadualnya tidak sesuai," katanya kepada portal Mstar.

Beliau membuat kenyataan sewaktu sidang media bersama Erra Fazira 'Menangkah Cinta' yang berlangsung di New World Petaling Jaya Hotel, Kelana Jaya, pada Rabu.

Terdahulu, Erra mendedahkan masih menjalinkan hubungan baik meskipun ikatan cintanya dengan Shahir sudah terlerai sejak Januari lalu.

Sementara itu, Erra mengakui terkejut apabila 'lamarannya' diterima penyanyi itu meskipun pada mulanya beliau menolak kerana mempunyai komitmen lain.

   

erra fazira shahir

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun

    

"Ikutkan awalnya, Shahir menolak sebab ada komitmen lain dan (pelakon) Ungku Ismail pula setuju nak bekerjasama dengan kami.

"Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

"Saya takut nak ajak dan jangkaan saya, Shahir tidak mahu tapi terkejut pula apabila dia terima pelawaan saya," katanya.

Video muzik Menangkah Cinta sudah dilancarkan di laman Youtube sejak jam 8 malam tadi.

   

Kredit video: Erra Fazira - Menangkah Cinta (Official Music Video)

    

Sumber berita: “Bukan Strategi Untuk Gimik Murahan” - Erra Fazira Terkejut Shahir Terima ‘Lamarannya’

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)