selepas 25 tahun kumpulan adik beradik kru dibubarkan 1

Kredit foto: BH Online

Kumpulan adik-beradik trio popular, KRU yang dianggotai Datuk Norman, Yusry dan Edry bakal dibubarkan selepas konsert terakhir mereka yang akan berlangsung pada 6 Mei ini.

Norman selaku ketua kumpulan berkata, tindakan itu diambil rentetan ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri dalam karier masing-masing.

"Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

"Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami," katanya sebagaimana dilaporkan Mstar Online.

Norman membuat kenyataan di sidang media konsert Gergasi KRU25 di Impiana KLCC, hari ini.

selepas 25 tahun kumpulan adik beradik kru dibubarkan 2

Kredit foto: Instagram KRU

Konsert terakhir itu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei ini.

Sementara itu, Norman yang mengalirkan air mata ketika pengumuman berkenaan, mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada para peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama 25 tahun pembabitan mereka dalam industri muzik.

Begitupun, KRU selaku syarikat media dan hiburan akan dikekalkan seperti biasa.

"Saya memgucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air," katanya.

Menurut Edry pula, dia melihat pembubaran itu sebagai ruang untuk memberi fokus penuh kepada kehidupan berkeluarga.

"Ini keputusan semula jadi yang semamngnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian," jelasnya.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)